Tuesday, January 6, 2015

Bencana Banjir Melanda Malaysia

Assalamualaikum
Hai hai hai!

Warga Malaysia sudah maklum dengan bencana banjir yang melanda negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak pada hujung bulan Disember lalu. Tidak ketinggalan beberapa daerah di Sabah juga turut dilanda banjir.

Zeha tidak pernah mengalami musibah banjir. Zeha yang melihat dan mendengar khabar kawasan yang terjejas melalui tv, radio dan surat khabar. Tidak dapat digambarkan apa perasaan mereka ketika menghadapi banjir. Dokumen-dokumen penting, barang keperluan dan bekalan makanan perlu disediakan untuk menghadapi banjir. Bantuan untuk berpindah ke pusat pemindahan juga diperlukan agar keadaan mereka lebih selamat.




Namun, apa yang lebih menyedihkan dan memilukan hati apabila menghadapi pasca banjir. Air mula surut dan ada penduduk yang mahu balik ke rumah. Melalui berita, zeha dapat lihat banyak kerosakan dan dialami pada rumah mereka, malah ada yang telah kehilangan rumah hanyut dibawa arus banjir yang deras. Aduh.. nda dapat bayangkan perasaan mereka. Zeha mengalirkan air mata membayangkan kalau zeha berada dalam situasi mereka. Yang pasti zeha akan menangis kerana telah kehilangan rumah dan harta benda. Tapi apakah daya, mereka terpaka redha dengan ketentuanNya. Itulah ujian Allah SWT. Mahu tidak mahu mereka harus bersabar dan kuat menghadapi dugaan dan ujian tersebut.



Syukur alhamdulillah, warga Malaysia amat prihatin dengan situasi tersebut. Bantuan diberikan kepada negeri-negeri terjejas banjir.  Pihak kerajaan, swasta dan badan NGO berusaha untuk mengumpul dana dan barang-barang keperluan kepada mangsa-mangsa banjir. Antara barang keperluan yang penting untuk mereka ialah air mineral, beras, makanan-makanan tin, lampin bayi, susu tepung bayi dan pakaian.



Yang pasti dalam keadaan sebegini, kesihatan perlu dijaga. Jika mengalami batuk, demam, selsema, atau sesak nafas berjumpa la dengan pegawai kesihatan yang ditempatkan di pusat pemindahan. Ini adalah langkah untuk mengelak jangkitan merebak ke orang lain terutamanya kanak-kanak. Selain itu, pakar psikologi juga ditempatkan di pusat pemindahan untuk merawat mangsa-mangsa banjir yang mengalami trauma.


Selain dapat memberi sumbangan dari segi wang ringgit, zeha hanya dapat mendoakan agar mereka tabah dan kuat menghadapai dugaan ini. Semoga kerajaan dapat membantu mereka memulihkan dan memperbaiki kerosakan yang mereka alami. 



Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.



No comments:

Post a Comment