Wednesday, January 21, 2015

Kepentingan Epidural. Perlu atau tidak?

Assalamualaikum
Hai hai hai!

Ibu-ibu yang bakal melahirkan anak mungkin sudah maklum tentang Epidural iaitu suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang si ibu yang berfungsi untuk mengebaskan bawah abdomen . Namun, pentingkah suntikan ini? Adakah ia diperlukan setiap kali hendak melahirkan anak?


Jom kita baca secara terperinci tentang Kaedah Epidural ini.

Apakah Epidural?

Epidural merupakan suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang badan dengan menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang. Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang si ibu yang dinamakan ruang epidura. Satu tiub halus disalurkan melalui jarum berlubang dan kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang dan pada bahu si ibu. Pakar bius akan menyuntik anestetik lokal ke dalam keteter untuk mengebaskan bahagian bawah abdomen si ibu. Kaki si Ibu juga akan berasa kebas seterusnya si Ibu tidak lagi merasakan sebarang kontraksi.

Bagaimana Epidural Berfungsi?

Ia berfungsi seperti mana anestetik lokal berfungsi apabila doktor gigi mengebaskan mulut pesakit sebelum mencabut gigi. Pakar bius akan mematikan saraf yang fungsinya ialah membawa isyarat-isyarat rasa sakit dari rahim dan serviks si ibu.

Bila Epidural perlu diambil?

Secara teorinya, si Ibu boleh mengambil suntikan epidural pada bila-bila masa semasa proses kelahiran bayi. Ia juga boleh diambil apabila si Ibu berada di peringkat kedua semasa anda menolak bayi keluar, walaupun lazimnya anestetik tulang belakang (spinal) akan diberikan pada waktu tersebut.

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang akan meminta diberikan suntikan epidural apabila serviks mengembang sebanyak lima hingga enam cm dan kontraksi semakin kuat. Jika serviks telah mengembang sebanyak lapan hingga sembilan cm, mungkin ia sudah terlambat untuk mengambil suntikan epidural dan si Ibu akan dinasihatkan untuk meneruskan kelahiran tanpa bius ini kerana bayi sudah hendak keluar.

Kebaikan Suntikan Epidural?
  • Lebih daripada 90% wanita mendapat kelegaan sakit yang sepenuhnya.
  • Pemikiran masih jelas
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Membantu mengawal kelahiran bayi dan mengembalikan keyakinan si Ibu.
  • Suntikan epidural adalah lebih sofistikated daripada dahulu dan si Ibu akan sedar bahawa keseluruhan kaki si Ibu tidak akan kebas sepenuhnya.

Keburukan atau Kesan Suntikan Epidural?
  • Si Ibu mungkin akan terasa kebas hanya di sebelah badan dan mungkin ada sebahagaian kecil di perut si Ibu yang tidak terkena bius.
  • Akan membuatkan si Ibu menggeletar.
  • Si Ibu mesti baring di atas katil.
  • Si Ibu perlu diletakkan drip pada lengan. Ini kerana pengambilan suntikan epidura akan mengurangkan tekanan darah bagi sesetengah wanita dan menjejaskan secara serius bekalan oksigen kepada bayi. Drip ialah langkah berjaga-jaga supaya apabila timbul kecemasan, jumlah darah boleh ditambahkan dengan pantas untuk menaikkan tekanan darag anda kembali ke normal.
  • Si ibu mungkin dipasangkan kateter dalam pundi kencing. 
  • Si Ibu akan mula merasa seakan-akan hilang kawalan. Tiga tiub telah dimasukkan ke dalam badan dan si Ibu akan diberitahu bila dikehendaki menolak jika anestetik masik berfungsi semasa peringkat kedua kehamilan. Pada masa itu, pakar obstertik dan bidan yang akan mengurusakan kelahiran anda dengan efektif.
  • Suntikan epidura boleh memanjangkan tempoh pelahiran terutamanya pada peringkat menolak.
  • Denyutan jantung bayi akan diawasi secara berterusan dengan menggunakan transduser yang diikat pada abdomen si Ibu atau transduser kecil diklipkan pada kulit kepala bayi.
  • Sesetengah wanita mempunyai masalah membuang air kecil selepas mendapat suntikan epidura.
Itulah sedikit sebanyak info tentang epidural. Harap ia dapat memberi info kepada para ibu bapa.

Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.



No comments:

Post a Comment