Assalamualaikum
Hai hai hai!
Selalukan..Bila badan jadi panas,terus fikir demam la tu. Mengadu ngan Mummy, Mummy mummy kakak demam. Kadang-kadang terus makan ubat, kadang-kadang malas hehe. Kalau demam teruk, memang terbaring ja la di katil.
Tapi pernahkah terfikir kenapa kita boleh demam? Apa demam ni sebenarnya? Bagaimana dan apa puncanya demam ni?
Apakah Demam?
Demam merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa iaitu 36.5 - 37.5 ° C. Ia disebabkan oleh peningkatan pada titik set pengawalan suhu badan. Ketika suhu badan meningkat, kita akan berasa sejuk walaupun suhu badan meningkat. Demam merupakan satu tidak balas imunisasi yang cuba menangani jangkitan bakteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan daripada demam biasa ke demam yang serius.
Suhu badan mempunyai julat yang besar. Demam ialah demam sekiranya
- Suhu pada mulut (oral) adalah pada atau melebihi 37.7 ° C
- Suhu pada ketiak atau telingan adalah pada atau melebihi 37.2 ° C
Suhu badan mungkin akan meningkat selepas melakukan aktiviti berat tetapi itu tidak dianggap sebagai demam kerana titik set suhu adalah normal.
Apakah yang menyebabkan demam?
Ada beberapa keadaan, kesakitan dan ubat yang menyebabkan demam iaitu:
- Jangkitan dan penyakit berjangkit seperti influenza, demam biasa, HIV, malaria dan mononucleosis. Jangkitan merupakan faktor utama demam berlaku.
- Ubat-ubatan seperti antibiotik, narkotik, barbiturates dan antihistamines. Ini menyebabkan demam ubat (drug fevers) yang disebabkan oleh kesan atau tindak balas terhadap ubat tersebut
- Trauma atau kecederaan seperti sakit jantung, strok, haba atau kebakaran.
- Kecederaan pada tisu kesan daripada hemolysis, pembedahan dan sakit jantung.
- Radang kulit, arthtritis, kanser dan gout.
Tanda-tanda demam
Antara tanda-tanda seseorang itu demam ialah:
- Badan panas apabila disentuh
- Pernafasan meningkat
- Muka menjadi merah
- Pergerakan tidak aktif, lemah dan sentiasa mahu tidur
- Menggigil
- Resah dan gelisah
- Hilang selera makan
Bagaimana merawat demam?
Tidak semua demam memerluka rawatan. Demam adalah penanda penting yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak baik di dalam badan. Demam juga berguna kerana ia membantu meningkatkan jumlah antiviral dan interferon anti-kanser di dalam darah, membuatkan bakteria dan virus susah untuk direplikasi.
Individu yang demam dinasihatkan untuk sentiasa mempunyai air yang cukup di dalam badan. Memandangkan demam akan menyebabkan badan berasa kurang selesa dan metabolisma serta kadar deguoan jantung meningkat. Kebanyakan individu akan mengambil anti-pyretics seperti ibuprofen atau paracetamol untuk meredakan demam. Aspirin digunakan untuk merawat demam orang dewasa.
Panduan umum untuk mendiagnos dan merawat demam berbeza bergantung kepada umur pesakit. Bayi yang baru lahir hingga 3 bulan dianggap demam jika suhu rektum adalah 38° C dan perlu dibawa ke doktor dengan segera.
Bayi 3 bulan hingga usia 18 tahun perlu berehat dan kekal terhidrat jika mengalami demam biasa, 38.9 ° C manakala demam yang tinggi mungkin memerlukan ibuprofen. Doktor pelu dimaklumkan jika kanak-kanak tidak bertindak balas kepada ubat atau jika berasa lesu, cepat marah atau kurang selesa.
Bagi individu dewasa pula, mereka juga perlu rehat dan kekal terhidrasi. Mereka boleh mengambil acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk meredakan demam. Individu dewasa yang demam boleh berjumpa dengan doktor jika mengalami demam yang teruk disertai dengan sakit leher, sakit kepala yang teruk atau pun mengalami demam yang tinggi secara konsisten selama lebih daripada tiga hari.
Untuk mengekalkan kesihatan diri dan juga seisi keluarga, dinasihatkan untuk meminum air 8 gelas sehari, menjaga pemakanan dan bersenam. Selain itu, supplemen tambahan juga boleh diambil.
Shaklee menyediakan pelbagai supplemen mengikut keperluan kesihatan masing-masing.
Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Promosi Bulan Januari 2015
No comments:
Post a Comment