Assalamualaikum
Hai hai hai!
Beberapa hari yang lepas Zeha ada kongsikan tips-tips untuk ibu-ibu sekalian tentang penyusuan susu badan ibu kepada bayi mereka. Tentu seronokkan dapat menyusukan anak dengan susu sendiri. Namun, tiba pada suatu masa hampir semua ibu-ibu akan mengalami situasi di mana mereka meragui sama ada bekalan susu tersebut mencukupi atau tidak.
Kebanyakan ibu merasakan bekalan susu mereka rendah walaupun sebenarnya tidak. Kekurangan bekalan susu mungkin terjadi jika si ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting.
Mungkin juga ada masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu ibu hingga ke tahap maksimum, tetapi sekiranya si ibu betul-betul memahami proses penyusuan (Supply dan Demand), bekalan susu ibu mungkin tidak akan berkurangan.
Apakah punca bekalan susu ibu berkurangan?
Bagi kebanyakan ibu, masalah sebenar ialah penghantaran dan bukan penghasilan. Ibu-ibu menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi tidak dapat melekap dengan baik pada susu dan tidak menyusu dengan efektif, maka bayi tidak memperoleh susu yang secukupnya.
Lebih banyak bayi menyusu, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Sekiranya bekalan susu ibu menurun, beberapa perkara yang perlu dikesan. Antara punca susu ibu berkurangan ialah:
- Mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan bayi
- Mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu diransang untuk menysu
- Bayi kerap menggunakan puting dan ini akan mengurangkan jumlah masa bayi menyusu
- Terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini menyebabkan pengurangan susu ibu. Ibu harus sedar yang ibu hanya perlu menyusukan bayi apabila bayi minta untuk menyusu.
- Masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon
- Kecederaan buah dada atau pembedahan
Gangguan kesihatan juga boleh menjadi punca susu ibu berkurangan seperti
- Kehilangan jumlah darah yang banyak semasa atau selepas bersalin
- Komplikasi disebabkan sebahagian plesenta masih berada dalam rahim (Ini akan mengganggu penghasilan susu sehingga ia lepas keluar atau ditarik keluar)
- Pengambilan ubat-ubatan (Pil pencegah kehamilan, ubat selsema) mungkin boleh mengurangkan bekalan susu.
Punca lain kekurangan bekalan susu ialah
- Pemakanan si ibu. Si ibu kurang mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat dan seimbang serta makanan yang boleh menambah penghasilan susu ibu.
- Emosi si ibu. Jika si ibu mengalami stress dan tidak gembira, hormon oxytocin berurangan dan penghasilan susu ibu mungkin akan berkurang.
Haa kalau para ibu dah tahu apa punca bekalan susu ibu untuk bayi anda berkurangan, anda boleh mencuba dan berusaha untuk menambah bekalan susu. Antaranya mengambil makanan dan minuman untuk tujuan milk booster serta supplemen untuk menambah bekalan susu.
Untuk Tips yang lain boleh baca di SINI
Shaklee ada menyediakan supplemen kesihatan yang boleh membantu penghasilan susu ibu.
Energizing Soy Protein (ESP)
Sumber protein untuk badan. Memberi tenaga segera, membantu mengawal keseimbangan bendalir dalam badan, memekatkan susu badan dan memberi rasa kenyang kepada bayi.
Sustained Released Vita-C Plus
Membantu meningkatkan imunisasi, meransang penyerapan zat besi dan asid folik. Vitamin c juga membantu pembentuka kolagen yang penting untuk pertumbuhan otot dan tulang.
Vita-Lea Iron Formula
Multivitamin yang lengkap untuk si ibu. Formula yang lengkap dengan zat besi membantu pembentukan sel darah merah. Lengkap dengan nutrisi yang penting untuk penyusuan.
Alfalfa Complex
Milk booster terbaik. Alfalfa membantu meransang dan mempercepatkan penghasilan susu ibu.
B-Complex
Membantu mengurangkan tekanan akibat kurang penghasilan susu badan. Ia juga menggalakkan pertumbuhan yang sihat kepada bayi.
OsteMatrix
Memberi keperluan kalsium kepada si ibu. Mencegah berlakunya sakit-sakit badan/ tulang akibat kekurangan kalsium pada ibu. Ibu yang menyusukan anak memerlukan lebih banyak kalsium di dalam badan.
Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
No comments:
Post a Comment