Saturday, November 22, 2014

Jom Detox Untuk Miliki Usus yang Sihat


Jom detox untuk memiliki usus yang sihat!

Sebelum itu, apa tu 'detox'?

Detox ialah satu proses penyingkiran atau pembersihan usu fari segala macam kotoran, toksin dan racun-racun yang secara sengaja atau tanpa kita sedari berada dalam badan manusia dalam jangka masa yang lama. Secara ringkas, detox ialah proses penyingkiran bahan toksik dari tubuh badan manusia. 

Sistem detox dalam badan manusia terdiri daripada hati, usus dan ginjal. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus berjalan dengan lancar. Toksin yang tidak dinyah keluar dari badan akan mengurangkan penyerapan nutrien seterusnya menyebabkan metabolisma menjadi rendah. toksin yang terlalu banyak di dalam badan akan menyebabkan organ-organ dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Toksin tersebut berpotensi untuk membahayakan tisu badan dan boleh menyebabkan penyakit. Maka, detox adalah penting.

Apa itu toksin?

Toksin ialah bahan beracun di dalam badan kita. Toksin boleh berada dalam udara yang dihirup, bau-bauan, serta makanan dan minuman yang diambil. Manusia juga terdedah kepada toksin dalaman iaitu sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan pemakanan yang tidak sihat.

Kenapa badan perlu detox?


Badan manusia perlu melalui proses detox kerana terdapat banyak toksin terkumpul di dalam badan yang boleh menyebabkan beberapa penyakit serius. Maka toksin itu perlu dikeluarkan daripada badan. Antara penyakit akibat daripada usus yang penuh dengan toksin ialah:
  • Darah tinggi
  • Penyakit jantung
  • Penyakit hati
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Penyakit Kencing Manis
Jika tanda-tanda seperti berikut berlaku kepada anda, maka anda disarankan untuk melakukan detox. Tanda-tanda tersebut adalah:
  • Selalu letih, kurang bertenaga dan sakit kepala
  • Mempunyai masalah tidur (Insomnia)
  • Daya ingatan lemah dan kurang daya tumpuan
  • Mengalami alahan, sinus dan sistem imunisasi yang lemah
  • Sembelit dan kembang perut
  • Sakit sendi
  • Masalah Kulit; berjerawat dan berjeragat
  • Selulit dan kenaikan berat badan
Seperti yang dinyatakan, toksin yang telah banyak terkumpul akan menyebabkan metabolisma seseorang menjadi rendah. makan, detox adalah penting kerana ia membantu memebersihkan saluran pencernaan, menyingkirkan toksin daripada hati dan ginjal, membantu buah pinggan untuk menapis darah, meningkatkan fungsi hati dan hempedu serta melancarkan pembuangan dari pundi kencing.

Cara untuk detox

Ada beberapa cara untuk detox agar penyerapan vitamin dan mineral tidak menjadi lemah, antaranya:
  • Mengambil makanan yang penuh serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran. Beras perang, lobak, kubis, brokoli dan spirulina adalah antara makanan yang baik untuk detox.
  • Minum air masak sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari.
  • Membersih dan melindungi hati dengan mengambil herba atau meminum teh hijau.
  • Mengambil vitaminC yang dapat membantu tubuh menghasilkan glutation iaitu sebatian dalam organ hati yang membantu menyingkirkan toksin.
  • Selalu berada dalam emosi yang positif
  • Berpeluh di dalam sauna agar badan boleh mengeluarkan dan menghapuskan bahan toksin melalui peluh.
  • Mencuba pelekat herba detox tapak kaki atau rendaman air untuk membuang toksin melalui liang kulit
  • Lakukan senaman 20-30 minit sehari, 4-5 kali seminggu. Bukan saja dapat nyahtoksin malah membantu meningkatkan kecergasan fizikal
  • Mengambil supplemen yang dapat membantu proses detox.
Shaklee ada menawarkan supplemen yang boleh membantu detox dengan cara mudah iaitu


Alfalfa Complex
Agen detox yang membantu membuang unsur mineral yang kotor dan berbahaya keluar dari badan. Masalah bau badan dapat dikurangkan. Alfalfa complex membantu dalam proses pencernaan dan bersifat anti-radang yang boleh memudahkan detoxbadan. Selain itu, alfalfa juga bertindak sebagai span yang menyerap kolestrol berlebihan di dalam badan.

Herb-Lax
Membantu pemebersihan usu secara semulajadi dan selamat. Ia meransang pengecutan otot-otot usus seterusnya membolehkan sisa-sisa yang terkumpul di dalam badan keluar dengan cepat tanpa memerangkap toksin di dalam kolon. Herb-Lax juga mebantu mengatasi masalah sembelit.

Oleh itu, kita harus ingat bahawa usus kita bekerja untuk menyerap dan usus tidak tahu apa yang diserap itu nutrien atau toksin. Maka, kita perlu memastikan usus berada dalam keadaan baik agar ia dapat menjalankan fungsi dengan baik dan badan terhindar daripada penyakit.

Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah
 order det detoks



No comments:

Post a Comment