Sunday, November 23, 2014

Susu Ibu Berkurangan, Bayi Menangis Kelaparan | Tips Meriahkan Penghasilan Susu Ibu



Assalamualaikum semua.

Selamat berhujung minggu. Bagaimana hujung minggu anda? Harap semua gembira di samping keluarga tersayang.

Beberapa hari lepas, Zeha ada share tentang persiapan bersalin untuk ibu-ibu sekalian. Hari ni pula Zeha mau share tentang tips meriahkan penghasilan susu ibu. Haa lepas bersalin tentulah si ibu kena menyusukan bayinya yang baru lahirkan. So hari ni Zeha mau kongsikan tips menambah penghasilan susu ibu untuk si manja agar dia tidak menangis kelaparan.

Semua ibu yang baru melahirkan anak sudah semestinya mahu menyusukan anak mereka. Mungkin ada yang sudah berazam untuk menyusukan bayi mereka sehingga 6 bulan dan mungkin sehingga 2 tahun. Namun, bagaimana kalau bekalan susu ibu berkurangan? Dapatkah si ibu mencapai keinginan tersebut?


Kekurangan bekalan susu akan dirasakan oleh hampir setiap ibu yang baru menyusukan bayi. Mereka akan melalui satu tempoh di mana mereka meragui sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak. Kebanyakan wanita merasakan bekalan susu mereka adalah rendah walaupun sebenarnya tidak. Kekurangan mungkin ada jika si ibu tidak lagi mengalami reflexs susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada atau susu tidak lagi bocor dari puting.

Namun demikian, semua tanda-tanda tersebut adalah biasa kerana itu menunjukkan bahawa badan si ibu sudah pun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi. Bayi yang sedang membesar akan memerlukan lebih banyak susu. Sesetengah bayi lebih cepat dan efisen dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untu habis menysusu dan ini juga akan menyebabkan si ibu risau sama ada bekalan susu mencukupi atau tidak.


Oleh itu, Zeha ada senaraikan beberapa tips yang para ibu boleh lakukan untuk menambah penghasilan susu secara sihat dan semulajadi.

Makanan penggalak susu (milk booster)

Pemakanan si ibu adalah antara cara untu menambah susu badan. Terdapat pelbagai makanan yang dikelaskan sebagai milk booster, contohnya:
  • Lobah putih – Dimasak sup bersama-sama daun kucai dan ikan bilis.
Lobak putih

  • Buah longan kering – Longan direbus bersama kurma kering, kismis atau barli. Tambahkan gula merah atau gula batu untuk menambah rasa manis.
Longan kering

  • Kurma – Makanan Sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Kurma juga kaya dengan zat besi  dan membantu membekalkan kalori segera yang diperlukan terutama buat ibu menyusu.
Kurna

  • Pucuk betik/betik muda – Pucuk betik atau betik muda dimakan mentah bersama-sama dengan nasi.

  • Halba – Rendam biji halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga dimasukkan di dalam masakan seperti sup atau nasi.
Halba

  • Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed – Salah satu makanan Sunnah. Sangat berkhasiat di mana ia berupaya mengubati pelbagai penyakit.
Habbatus Sauda
  • Jantung pisang /Daun cekur manis/ pucuk manis- Dicelur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.
  • Kacang soya – Makanan yang berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe dan tauhu mampu menambah pengeluaran susu ibu.

Kacang soya

Minum air secukupnya

Ibu haruslah meminum air dengan kerap agar tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan. Dehidrasi akan menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh itu, ibu yang menysuskan anak mesti meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang

Ibu yang menyusukan anak harus mempunyai pemakanan yang seimbang seperti yang disarankan di dalam piramid makanan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet seharian. Selain tujuan untuk menyusukan bayi, kesihatan diri juga harus diutamakan.

Psikologi

Si ibu haruslah sentiasa berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan mencukupi untuk si comel. “ Susu saya cukup untuk bayi saya”. Si ibu harus elakkan stress kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Si ibu harus menetapkan minda bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. InsyaAllah si ibu akan berasa lebih tenag dan tidak tertekan.

Kekerapan penyusuan/ mengepam susu


Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND vs SUPPLY. Semakin kerap menyusukan anak atau mengepam susu, otak akan mendapat tanda untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Susukan/pamlah susu secara konsisten tanpa menunggu susu bengkak atau penuh. Lebih kerap susu dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang dapat dihasilkan. Disarankan untuk mengepam susu setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama.

Doa

Si ibu boleh mengamalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa agar berjaya menyusukan bayi sehinggan umur 2 tahun terutanmanya selepas solat.

Supplemen

Jika si ibu berasa cepat letih, kurang tenaga dan tertekan untuk menyusukan bayi, supplemen/makanan tambahan boleh diambil bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam badan si ibu. Supplemen boleh membantu mempertingkatkan kesihatan si ibu, menambah tenaga dan mengurang stress.

Shaklee ada menyediakan supplemen untuk menambah dan memeriahkan penghasilan susu si ibu. Set penyusuan ibu ialah


Energizing Soy Protein (ESP)
Sumber protein untuk badan. Memberi tenaga segera, membantu mengawal keseimbangan bendalir dalam badan, memekatkan susu badan dan memberi rasa kenyang kepada bayi.

Sustained Released Vita-C Plus
Membantu meningkatkan imunisasi, meransang penyerapan zat besi dan asid folik. Vitamin c juga membantu pembentuka kolagen yang penting untuk pertumbuhan otot dan tulang.

Vita-Lea Iron Formula
Multivitamin yang lengkap untuk si ibu. Formula yang lengkap dengan zat besi membantu pembentukan sel darah merah. Lengkap dengan nutrisi yang penting untuk penyusuan.

Alfalfa Complex 
Milk booster terbaik. Alfalfa membantu meransang dan mempercepatkan penghasilan susu ibu.

B-Complex
Membantu mengurangkan tekanan akibat kurang penghasilan susu badan. Ia juga menggalakkan pertumbuhan yang sihat kepada bayi.

OsteMatrix
Memberi keperluan kalsium kepada si ibu. Mencegah berlakunya sakit-sakit badan/ tulang akibat kekurangan kalsium pada ibu. Ibu yang menyusukan anak memerlukan lebih banyak kalsium di dalam badan.

Lepas ni si Ibu janganlah susu hati lagi, InsyaAllah tips-tips di atas akan memeriahkan penghasilan susu ibu khas untuk si comel. Apa yang penting, si ibu perlu kuat semangat, mempunyai keazaman yang tinggi dan sentiasalah berdoa agar penghasilan susu sentiasa meriah.

Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
 Order Now set penyusuan

No comments:

Post a Comment