Tuesday, November 11, 2014

Shaklee Tak Halal??

Assalamualaikum..
Hai hai hai!

Eh Shaklee ni HALAL ka tidak? Ada sijil HALAL? Hmm jom kita bongkar kebenarannya.


Masa pertama kali beli produk Shaklee ni Zeha tak terfikir pun nak ambil tau tentang status Halal Shaklee. Bila ada kecoh kecoh tentang bebarapa produk yang diragui tentang status halalnya, maka zeha pun mula mencari maklumat tentang status halal produk Shaklee.

Maklumat yang zeha peroleh hasil pencarian dan pembacaan zeha ialah :

1. Kilang Shaklee berada di USA, bahan-bahan yang digunakan dari USA dan produk-produk Shaklee dihasilkan di USA.

2. Shaklee bukan produk Malaysia. Produk-produk Shaklee dieksport ke Malaysia dari USA.

3. Tiada logo halal di botol-botol produl Shaklee.

4. Produk-produk Shaklee yang dieksport dan dijual di Malaysia telah mendapat Sijil Halal daripada Islamic Services of America (ISA)

ISA tu apa? Hohoo... ISA ini adalah organisasi yang bertanggungjawab memberi sijil halal di USA. ISA ni bukan organisasi biasa tau, tapi ISA ni diiktiraf di peringkat dunia. Banyak negara mengiktiraf ISA termasuklah JAKIM (Malaysia). JAKIM telah mengiktiraf ISA ni sejak tahun 1982 lagi.*Okay, zeha tak lahir lagi*


Senarai Badan Islam lain yang diiktiraf JAKIM boleh dilayari di Portal Rasmi Halal Malaysia.

5. Produk Shaklee adalah HALAL. Sijil halal Shaklee dikeluarkan oleh ISA. Sijil halal 2014 telah dikeluarkan pada 27 Januari 2014.


Haaaa nampak tu Sijil Halal Shaklee. Shaklee memang disahkan HALAL!

Haaa terbongkar sudah kebenarannya. Bagi sesiapa yang sebelum ini meragui status halal shaklee, tidak perlu risau lagi kerana Shaklee sah HALAL. Anda boleh memakan dan menggunakan produk Shaklee tanpa was was.

Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.


 Order Now

No comments:

Post a Comment