Assalamualaikum.
Saat yang dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri untuk menerima kehadiran cahaya mata mereka lahir ke dunia. Namun, sebelum itu, tentu beberapa persediaan yang perlu dilakukan oleh para ibu bapa untuk menerima kehadiran si comel itu. Di sini saya senaraikan beberapa persediaan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa yang pertama kali ingin menyambut kelahiran bayi mereka.
Senarai Persediaan Bersalin
1. Kelas Antenatal
Kelas Antenatal ialah kelas persediaan untuk ibu-ibu bagi menyambut kelahiran bayi mereka. Melalui kelas antenatal, para ibu dapat:
- Mengetahui maklumat lanjut tentang proses kelahiran dan bersalin
- Mempelajari tentang penjagaan bayi yang baru lahir
- Senaman dan nutrisi untuk ibu hamil
- Demonstrasi penjagaan bayi dan ibu serta penyusuan bayi
- Sesi soal jawab bersama pakar tentang kelahiran dan bersalin
- Bertemu dan berbual dengan bakal bakal ibu bapa yang lain
2. Penyususan Susu Ibu
Penyusuan susu ibu kepada bayi akan diberikan selepas melahirkan anak. Bagi ibu-ibu yang hendak menyusukan bayi mereka secara eksklusif (sehingga bayi umur 2 tahun), mereka perlulah mencari maklumat tentang teknik penyusuan bayi yang betul dan tips memperbanyakkan susu ibu. Haa.. So kelas antenatal tu penting untuk ibu-ibu sertai agar mereka mendapat maklumat yang jelas tentang penyusuan eksklusif kepada bayi.
3. Ingat pada Allah SWT
Bagi yang beragama Islam, para ibu hendaklah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT. Selain itu, minta maaf dengan suami, ibu bapa, adik beradik dan kawan-kawan. Para Ibu juga boleh memperbanyakkan amal ibadah dengan bersolat, solat sunat, berpuasa, berdoa, membaca Al-quran dan berzikir.
4. Beg Kelengkapan Ibu
Ketika kandungan telah mencecah 7 bulan, para ibu bolehlah menyediakan beg kelengkapan untuk ke hospital. Nanti tidak la kelam-kabut mahu kemas kalau sudah tiba masanya. Antara kelengkapan penting yang perlu para ibu bawa ialah:
- Baju , kain sarung , nursing bra, panties pakai buang, tuala, stokin dan selipar.
- Pad dan nursing pad
- Kelengkapan mandi - sabun, berus gigi, ubat gigi
- Minyak urut
- Kad pengenalan dan buku rekod kesihatan ibu
- Makanan & Minuman selepas bersalin (Contoh: Roti, Nestum dll)
5. Beg Kelengkapan Bayi
Beg keperluan bayi pun perlu disediakan okay. Antara kelengkapan yang perlu dibawa ialah:
- Baju lengan panjang, seluar panjang, sarung tangan, sarung kaki dan topi
- Lampin kain dan lampin pakai buang newborn
- Kain bedung dan selimut
- Bedak, minyak telon, minyak bayi, baby wipes
6. Persediaan Berpantang
Ibu boleh la temani si ibu semasa berpantang. Yala, mereka lagi mahirkan tentang tempoh berpantang dan apa yang perlu dilakukan. Selain itu, si suami bolehlah mencari tukang urut, menyediakan batu tungku, herba-herba dan set berpantang untuk isteri mereka.
7. Emosi Si Ibu
Tentunya para ibu merasa gembira melihat cahaya mata berada dalam pelukan. Para Ibu harus mengekalkan emosi yang gembira dan senang hati itu agar si Ibu dapat menjaga dan menyusukan bayi dengan baik. Emosi yang baik akan membantu penghasilan susu yang banyak.
8. Rehat yang mencukupi
Selepas melahirkan anak, si Ibu sudah semestinya akan berasa penat. namun, tanggungjawab ibu tidak berakhir disitu kerana selepas itu para ibu perlu menjaga dan menyusukan bayi mereka. Oleh itu, ibu harus mendapat rehat yang cukup dan memakan makanan yang berkhasiat dan supplemen yang bersesuaian ketika berpantang dan agar bertenaga untuk menjaga dan menyusukan bayi.
9. Supplemen Bersalin & Berpantang
Di zaman yang serba moden ini mungkin ada ibu-ibu yang tidak mahu atau tidak gemar mengambil minuman herba semasa berpantang. Hee jangan risau ada penyelesaian untuk kerumitan tersebut kerana Shaklee ada menyediakan supplemen yang sesuai untuk berpantang. Supplemen Shaklee ni adalah semula jadi, maka ia selamat untuk para ibu dan bayi. Antara supplemen yang diambil Selepas bersalin dan semasa berpantang ialah:
Set Bersalin Lengkap Shaklee
Vita-Lea
Multivitamin untuk si Ibu. Memberi tenaga dan mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah
B-Complex
Membantu menstabilkan hormon dalam badan, memberi tenaga dan mengurangkan stress
Vita-C Plus
Membantu meningkatkan sistem imunisasi dalam badan si Ibu, memepercepatkan penyembuhan luka jahitan dan memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin
Zinc Complex
Membantu mempercepatkan proses menyembuhan luka selepas bersalin dan mengurangkan masalah keguguran rambut.
OsteMatrix
Membekalkan kalsium yang secukupnya kepada si ibu dan membantu mengurangkan masalah sembelit semasa berpantang
Energizing Soy Protein (ESP)
Membantu membekalkan tenaga , penghasilan susu dan memperbanyakkan susu badan.
Set di atas adalah set cadangan .Ada lagi supplemen yang boleh ditambah mengikut keperluan si Ibu dan bajet masing-masing. Set ini boleh diambil selepas bersalin (normal/pembedahan).
Waaa excited kan mau menyambut kelahiran si comel. Semoga para ibu bapa terutamanya ibu bapa baru dapat menggunakan senarai ini sebagai panduan persediaan untuk menyambut si comel.
Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
No comments:
Post a Comment