Friday, November 21, 2014

8 Tips Sihat untuk Seisi Keluarga

Assalamualaikum
Hai hai hai!

Selamat hari Jumaat semua. Pada hari ini Zeha mau share dengan pembaca semua 8 Tips Sihat yang boleh diaplikasi oleh seisi keluarga tidak kira dewasa, remaja dan kanak-kanak. Kesihatan ni kita perlulah jaga dari kecil lagi. Bagi pendedahan awal agar mereka akan mudah terikut. Tips yang disenaraikan adalah berdasarkan research dan pembacaan zeha. Harap ia akan memberi manfaat kepada semua.

8 Tips Sihat untuk Seisi Keluarga

1. Minum air 

Kita dinasihatkan untuk meminum air 8 gelas sehari (mau minum lebih pun boleh, lagi bagus). Antara manfaat meminum air yang kita akan peroleh ialah air membantu:

  • Melancarkan sistem pencernaan
  • melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
  • Meningkatkan kesuburan
  • Menguruskan badan
  • Mencantikkan kulit
  • Tubuh lebih segar dan sihat
  • Menyihatkan jantung
Antara saranan untuk meminum air yang akan memberi kesan kepada tubuh kita ialah
  • Minum 2 gelas air setelah bangun tidur. Membantu mengaktifkan organ dalaman
  • 1 gelas air sebelum makan. Membantu penghadaman
  • 1 gelas air sebelum mandi.Mmembantu menurunkan tekanan darah
  • 1 gelas air sebelum tidur. Membantu mengelak seranagan angin ahmar dan serangan jantung.

2. Tidur secukupnya

Setelah penat bekerja atau membuat aktiviti pada waktu pagi, sudah semestinya badan kita memerlukan rehat dan tidur. Kita disarankan untuk tidur selama 8 jam sehari. Ada juga yang menyatakan bahawa tempoh tidur yang optimum untuk seorang dewasa ialah 6 - 6.5 jam sehari. 


Tidur yang secukupnya adalah penting untuk memastikan organ-organ berfungsi dengan baik. Jika tidak, toksik dalam tubuh tidak dapat dicerna dan dikeluarkan. Semasa kita tidur, proses nyahtoksin sedan berlaku di bahagian hati, hempedu dan paru-paru. Ketika proses nyahtoksin berlaku di paru-paru, kita terasa ingin batuk dan akhir sekali akan berlaku proses nyahtoksin di usus besar.

Tidur awal ada kebaikannya seperti berat badan akan seimbang, kurang risiko kanser dan membantu menguatkan daya ingatan. 

3. Mengambil Sarapan

Sarapan pagi adalah sangat penting, lagi lagi kalau yang berdiet. Ramai yang memberi alasan untuk tidak bersarapan seperti tiada selera, cepat mengantuk, kurang daya tumpuan dan malas. Namun sarapan adalah sangat penting kerana ia membantu membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian.


Antara Manfaat yang kita peroleh melalui sarapan ialah:
  • Membantu memenuhi nutrisi yang diperlukan badan
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan daya tumpuan
  • Mencegah sakit jantung
  • Tidak cepat lapar
Semasa bersarapan, kita disarankan untyk mengambil hidangan yang mempunyai kandungan serat, protein dan kalisum seperti bijirin. Itu sudah cukup untuk sarapn pagi. Untuk individu yang sibuk, sentiasa bawa roti dan susu sebagai hidangan pagi. Selain itu, hidangan telur juga baik sebagai sarapan pagi. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalamnya membantu memberi nutrisi yang diperlukan badan.

4. Makan Makanan Berkhasiat


Makan makanan yang berkhasiat juga penting untuk kesihatan kita. Makanan yang kita makan akan menjadi tenaga kepada tubuh badan kita agar tubuh badan kita dapat berfungsi dengan sebaiknya. Kita disarankan untuk mengambil kuantiti makanan seperti dalam piramid makanan. Antara kebaikan yang kita peroleh dengan memakan makanan berkhasiat ialah:
  • Membantu tumbesaran fizikal tubuh badan
  • Memberikan vitamin yang cukup kepada badan
  • Membantu mengawal kadar obesiti
  • Perkembangan mental tidak tergangu
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman
Pengambilan makanan yang berkhasiat, berzat dan seimbang adalah disarankan agar tubuh badan sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko penyakit seperti obesiti, serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kanser.




Banyakkanlah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet seharian, banyakkan minum air, kurangkan kandungan lemak dalam makanan, gula dan garam.

5. Bersenam dan Bersukan


Untuk sihat, badan kita perlulah bergerak aktif dan bersenam atau bersukan adalah jawapannya. Badan kita juga perlu berpeluh agar toksik keluar daripada badan. Antara kebaikan yang diperoleh apabila kita bersenam ialah:

  • Meningkatkan kecergasan fizikal badan
  • Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian
  • Memngawal tekanan darah dan menguatkan jantung
  • Memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah
  • Melambatkan osteoporosis
  • Mengurangkan berat badan

Ambillah sedikit masa untuk bersenam pada hujung minggu bersama keluarga kerana itu lebih menyeronokkan dan hubungan sesama ahli keluarga juga akan semakin rapat. Bagi individu yang sibuk, bersenamlah selama 20 minit sehari, 4-5 kali seminggu. 


6. Pemeriksaan Kesihatan


Untuk mengetahui tahap kesihatan badan kita dengan lebih lanjut, kita perlulah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan untuk diagnosis penyakit-penyakit yang tidak diingini. Setelah mengetahui tahap kesihatan kita, makan bolehlah kita melakukan pencegahan seperti makan makanan berkhasiat dan bersenam agar penyakit tersebut tidak merebak.

7. Senyum Selalu

Heee ini pun penting untuk kesihatan dan keharmonian keluarga. Apabila kita sentiasa tersenyum, orang lain pun akan terikut untuk senyum. Kita akan berasa tenang dan senang hati. Bila kita senyum dan orang lain senyum, kita akan rasa kurang stress, tekanan darah akan rendah dan wajah akan sentiasa awet muda.

8. Supplement untuk Kesihatan

Pengambilan supplemen kesihatan mungkin tidak penting bagi sesetengah orang. Namun, jika anda mengalami situasi berikut pengambilan supplemen mungkin perlu untuk kesihatan diri anda

  • Selalu berada dalam keadaan tertekan (kerja/keluarga/hubungan). Ini menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin badan memerlukan vitamin B, vitamin E dan vitamin C untuk mengurangkan kesakitan itu.
  • Penyakit osteoporosis memerlukan mineral untuk disimpan dalam tulang untuk mencegah masalah itu. Maka pengambilan kalsium, magnesium dan omega-3 diperlukan untuk mencegah masalah itu.
  • Apabila badan mempunyai imunisasi yang rendah, kerap selsema, pengambilan vitamin C dan omega-3 boleh membantu mempertingkatkan imunisasi.

Bagi Zeha, pengambilan supplemen adalah penting agar zeha dapat mempertingkatkan kesihatan dan mengurangkan risiko diserang sebarang penyakit. Salah satu supplemen yang sesuai untuk kesejahteraan dan kesihatan seisi keluarga ialah


Set family wellness ini dapat
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Membekalkan nutrien untuk kulit, rambut, kuku dan tulang.

Set ini mengandungi:

Energizing Soy Protein (ESP)
Membantu membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam. ESP mengandungi 9 asig amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. ESP juga membantu membina dan memperbaiki tisu badan yang rosak.

Vita-Lea Iron Formula
Multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan iaitu dengan pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari.

Sustained Released Vita-C
Vitamin C Shaklee adalah sustained released bermaksud vitamin akan dilepaskan secara beperingkat mengikut masa agar vitamin c itu kekal dalam bada. Vitamin C penting untuk imunisasi, pembentukkan kolagen dan antioksidan.

B-Complex
Bertindak sebagai penjana tenaga disamping memberi ketenangan pada tubuh. Mengandungi vitamin B untuk memenuhi keprluan tubuh. Vitamin B adalah vitamin yang dapat mnegatasi kelesuan, keletihan, meningkatkan metabolisma dan kesihatan otak.


Sekian sahaja 8 tips sihat untuk seisi keluarga. Diharapkan entry ini akan memberi manfaat kepada pembaca.


Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah
 Order Family Wellness

No comments:

Post a Comment