Assalamualaikum :)
Hai hai hai!
Pernah tak dengar ibu atau bapa atau orang yang berusia daripada kita mengadu sakit lutut "Aduh..susahnya mau berjalan.." "Aduh..sakitnya, tolong urut dulu lutut mama.." "Aduh nak, berhenti duduk dulu kita, penat mama." Hmm kesiankan sama dorang. Mau buat aktiviti sangat terhad. Itulah OSTEOARTRITIS atau lebih senang disebut sebagai SAKIT SENDI LUTUT.
Osteoartritis adalah salah satu masalah sendi yang paling biasa terjadi seiring dengan peningkatan usia. bagi lelaki masalah ini biasanya bermula sebelum usia 45 tahun dan selepas 55 tahun bagi wanita. namun ada juga yang mengalami kesakitan tersebut sebelum usia tersebut.
Kenapa terjadi?
Pada dasarnya, arttritis merupakan penyakit di mana lapisan rawan iaitu glukosamina pada permukaan tulang-tulang sendi menjadi haus, nipis dan rosak. ini mendedahkan permukaan tulang menyebabkan geseran antara permukaan tulang, serta pembentukan 'duri' tulang (spur) pada hujung-hujung tulang. Apabila usia meningkat, kandungan glukosamina di dalam tulang rawan akan berkurangan dan protein yang membentuk tulang rawan akan merosot. Ini menyebabkan permukaan tulang rawan menggelupas dan merekah lalu membentuk alur halus.
Tanda-tanda Penyakit Osteoartritis
Tanda-tanda penyakit Osteoartritis yang kerap dialami oleh pesakit adalah seperti sendi membengkak sakit panas dan lutut sukar untuk digerakkan. Selain itu, aktiviti-aktiviti harian juga menjadi terbatas sepertu mencangkung, melutut dan kadang-kadang sakit tersebut akan menjadi lebih serius. Pesakit juga akan merasa sakit dan sukar untuk digerakkan apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan. Pesakit juga akan merasa sakit apabila lutut digerakkan atau disentuh. mereka akan terasa geseran dan bunyi kasar semasa bergerak. Osteoertritis sendi lutut juga dikaitkan dengan masalah berat badan, sejarah kecederaan lutut berulang dan pembedahan. Keadaan ini menyebabkan kerosakan degenerasi tulang rawan sendi lutut yang berterusan sehingga kaki menjadi bengkok dan pesakit akan berjalan terhinjut-hinjut. Ini adalah tanda-tanda kehilangan lapisan rawan pada permukaan sendi lutut.
Pemeriksaan Penyakit Osteoartritis
Pemeriksaan akan dilakukan secara klinikal dan berdasarkan aduan pesakit. x-ray akan dilakukan untuk melihat sama ada rawan menjadi semakin nipis atau tidak. X-ray penting untuk mengetahui sama ada pesakit memerlukan pembedahan penukaran sendi otot atau tidak.
Rawatan Osteoartritis
Jika tiada pembedahan perlu dilakukan, pelbagai rawatan boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan sendi. Matlamat rawatan adalah untuk meredakan kesakitan dan radang sekitar sendi serta mengekalkan fungsi sendi berkenaan agar pesakit dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.
1. Rehatkan lutut. Elakkan melakukan aktiviti berat atau yang terlalu ekstrim
2. Gunakan ais. Letakkan ais pada bahagian bengkak dan lakukan selama 20-30 minit sehingga bengkak hilang.
3. Sokongan lutut. Lutut dibalut dengan bandage atau strap yang mampu mengurangkan kesakitan dan memberi sokongan kepada lutut.
4. Tinggikan lutut. Semasa dudu atau baring, letak bantal pada bawah kaki untuk mengurangkan bengkak.
5. Turunkan berat badan. Pesakit dinasihatkan untuk menurunkan berat badan agar beban yang dibawa oleh lutut berkurangan.
6. Painkiller. Menelan pil tahan sakit untuk sakit yang tidak boleh ditahan.
7. Senaman ringan. Senaman ringan atau latihan renggangan ringan boleh dilakukan untuk mencergaskan otot dan lutut. Ini sekali gus mengelak kekakuan lutut.
8. Vitamin tambahan. Pesakit boleh mengamalkan vitamin tambahan yang mampu membekalkan nutrien kepada tulang dan lutut.
Yep! vitamin tambahan. Pesakit osteoartitris boleh mengambil vitamin tambahan untuk menambah nutrien kepada tulang dan lutut. Seperti yang dijelaskan di atas osteoartritis boleh mengakibatkan kualiti hidup terjeas dan menghalang dari melakukan aktiviti yang digemari. Oleh yang demikian, pesakit boleh mencuba Shaklee Advanced Joint Health tablet (AJHT).
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni ialah satuformulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak pantas bagi menyokong kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.
Shaklee AJHT menberikan manfaat kepada sendi-sendi sihat dalam 3 cara :
1. Menyokong keselesaan sendi
Ekstrak Boswelia membantu menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia adalah gam resin dari pokok Boswellia serrate. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.
2. Bertindak sebagai kusyen
Ekstrak Jagung membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung mengekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Kajian menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadi sendi lebih fleksibel. Tambahan lagi, kajian bertahun-tahun mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C adalah nutrien penting dalam kesihatan sendi di mana ia membekalkan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.
Shaklee AJHT boleh diambil bersama-sama Ostematrix dan Omega Guard untuk fungsi yang optimum. Jadi.. jangan biarkan osteoartritis menghalang diri kita dari bergiat aktif. pencegahan awal boleh menjadikan sendi sihat padan masa akan datang. Sama ada menghidap sakit sendi atau tidak, adalah penting untuk kita mendapatakn nutrisi sendi seiring peningkatan usia.
Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
No comments:
Post a Comment