Sunday, November 9, 2014

Impianku Bersama Shaklee

Assalamualaikum
Hai hai hai!

Seronok berehat di rumah hari ahad ni. Buat sarapan, tonton TV dan sembang-sembang bersama keluarga. Sambil sambil tu bolehlah berangan dan menanam impian. 

Setiap manusia mempuanyai impian. Begitu juga Zeha. Setiap tahun, setiap bulan, setiap hari dan setiap jam Zeha menanam impian. Bermula dengan ingin berjaua di sekolah, mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, masuk ke universiti, bergraduasi dan mendapat pekerjaan yang diimpikan. Alhamdulillah impian tersebut tercapai. Namun impian Zeha tidak terhenti disitu. Zeha mau banyak lagi, Zeha mau capai banyak lagi impian.

1. Melancong Serata Dunia

Zeha suka berjalan-jalan. Sejak kecil lagi family Zeha memang suka berjalan. Bila dah besar ni niat nak melancong berjalan-jalan ke negara orang makin mendalam. Zeha nak ke melancong di Malaysia, negara- negara Asia, Eropah, Australia, Afrika dan Amerika. Zeha nak melihat tempat-tempat menarik di tempat mereka, budaya dan makanan. 

Sumber Google

2. Umrah Bersama Keluarga

Memang Zeha dan family selalu berjalan bersama dan menjalankan Umrah bersama-sama adalah salah satu impian yang sangat kami inginkan. Menjejakkan kaki ke rumah Allah SWT adalah sesuatu perasaan yang tak dapat ditafsirkan. Zeha juga mau merasai perasaan tersebut. Setakat ini hanya Daddy sahaja yang berkesempatan menunaikan Umrah pada Julai 2014 yang lepas. InsyaAllah impian kami ke Tanah Suci akan tercapai.

Sumber Google

3. Wang Ringgit

Hai hai macam mata duitan. Ehhhh bukan macam tu. Zeha mahukan pendapatan yang lebih daripada kerja tetap saya sekarang. Zeha mahukan 5K-10K sebulan. Tapi wang ringgit tu bukan untuk berbelanja semata-mata sahaja. Sebahagian tu simpan dalam akaun bank, ASB dan yang paling penting bagi kepada ibu bapa dan adik beradik. Zeha sendiri tau ibu bapa zeha tak mengharap pemberian zeha tapi zeha tetap ingin memberi kesenangam kepada Zeha. Ibu bapa zeha telah banyak berkorban untuk zeha dan adik beradik. Makan inilah masa zeha untuk memberikan kesenangan kepada mereka.

Sumber Google

4. Master to be!

Hehehe... Masih seorang distributor Shaklee tapi zeha berimpian besar untuk naik rank sehingga ke rank Master. Hee apa sahaja boleh terjadikan? Yang penting kita berusaha dan bekerja keras. Zeha pernah menghadiri Master Celebration Aya Chalo dan melihat kejayaan beliau dan Master-Master Shaklee yang lain, zeha juga mau jadi seperti mereka. Rasa seronok melihat mereka mendapat pendapat tinggi daripada gaji kerja tetap, dapat melancong, dapat kereta, dapat memberi kegembiraan kepada keluarga dan juga orang lain. Maka, Zeha ingin terus berkongsi dengan orang lain tentang kebaikan Shaklee dan mau mereka juga berjaya dalam Shaklee.



Banyak lagi impian Zeha tapi ini sahaja yang dapat Zeha listkan pada hari ini. Untuk mencapai semua ini, zeha akan terus bekerja keras, berusaha bersungguh-sungguh, mendirikan solat, terus berdoa dan meminta kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan.

Jika anda perlukan konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.


 Order Now

No comments:

Post a Comment