Thursday, November 6, 2014

Siapa Saya? | Saya Pengedar Sah Shaklee Likas!

Assalamualaikum. Hai Hai Hai!

Apa khabar semua? Zeha harap anda semua dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Siapa saya?

Saya Nazeha Badery berumur 25 tahun dan sekarang menetap di Signal Hill Park, Kota Kinabalu. Saya selalu membaca post-post tentang Shaklee di Facebook namum saya tidak pernah kisah tentang Shaklee dan produk-produk yang ditawarkan walaupun pada masa itu Mummy saya mengambil supplemen Shaklee. 



Sehinggalah pada suatu hari sepupu Zeha sendiri mengsyorkan beberapa produk yang boleh saya ambil untuk turunkan berat badan. Zeha pun beli la supplemen tersebut iaitu Alfalfa Complex dan Lecithin. Mula-mula ja semangat makan, then kadang-kadang terlupa makan sehingga hampir 2 bulan saya langsung tak ambil supplemen tersebut. Kesian dua produk tu disimpan rapi dalam laci. Mummy saya dah tegur sebab tak makan supplemen tersebut plus badan saya pula makin comel. Maka, saya pun mula menanam azam dan mendisiplinkan diri memakan Alfalfa Complex dan Lecithin secara konsisten. Bila dah makan supplemen tu secara konsisten mestilah kuantiti makin berkurangankan, so saya mula mencari pengedar Shaklee yang berdekatan dengan kawasan saya. Facebook la kan sumber saya, cari-cari, skrol-skrol akhirnya saya memilih Mummy Alisya E-Shoppe untuk membeli stok Shaklee baru dan mahu mencuba produk Shaklee yang lain seperti ESP dan Meal Shakes. Kebetulan masa tu Mummy Zeha pun dah kekurangan supplemen Shaklee (OsteMatrix dan Advanced Joint Health Tablet), so Zeha terus ja mesej Mummy Alisya E-Shoppe. 



Kak Jehan Ahmad adalah pemilik Mummy Alisya E-Shoppe. Zeha berhubung dengan dia melalui facebook. Zeha minta la apa zeha mau dan tanya harga, agak banyak juga la zeha order. Then Kak Jehan bagi offer yang baik punya di mana kalau Zeha mendaftar ahli Shaklee, Zeha akan mendapat harga yang jauh lagi hebat. Zeha ambik masa jugalah berfikir, bincang dengan Mummy dan Mummy pun setuju juga kalau Zeha jadi Ahli Shaklee sebab kami yakin dengan produk Shaklee setelah kami merasai sendiri kehebatannya. Selain itu, kami juga boleh membeli produk Shaklee dengan harga ahli. Maka, pada minggu terakhir Jun 2014 saya pun mendaftar sebagai Ahli Shaklee secara PERCUMA dengan Kak Jehan Ahmad sebagai upline Zeha.

Sekarang, saya Nazeha Badery pemegang ID: 1156674 adalah Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah dan seluruh Malaysia. Dengan Shaklee Zeha bukan sahaja dapat mempertingkatkan kesihatan saya dan keluarga, malah Zeha dapat menjana pendapatan sampingan. InsyaAllah Zeha akan berkongsi KEBAIKAN DAN KEISTIMEWAAN supplemen Shaklee yang saya dan keluarga saya alami setelah mengambil supplemen Shaklee.

Jangan malu, jangan segan
Hubungi Zeha untuk sebarang pertanyaan dan info :)

Jika anda perlukan konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.


 Order Now

No comments:

Post a Comment