Assalamualaikum..
Hai hai hai!
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melaksanakan aktiviti-aktiviti harian.
Update blog ni pun dah jadi sebahagian aktiviti harian Zeha.
Untuk hari ini, Zeha mau share tentang event Shaklee yang zeha pernah hadir iaitu...
SHAKLEE MASTER CELEBRATION.
Pada 19 Oktober 2014 yang lepas bertempat di Grand Ballroom, Pan Pacific Sutera Harbour, Zeha telah menghadiri Master Coordinator Celebration Masters Rohaya Chalo & Mohd Samsul.
Pentas Master Celebration
Kemasukan ke Master Celebration ini adalah PERCUMA dan kita digalakkan membawa ahli keluarga, rakan-rakan, pelanggan-pelanggan Shaklee dan sesiapa sahaja. Kebetulan Zeha tiada apa-apa aktiviti pada hari itu, so Zeha pun pergi la. Tujuan Zeha datang event ni mau tengok macam mana Master Celebration berlangsung, sekaligus ingin mendapat motivasi, kekuatan dan semangat untuk memajukan diri dalam perniagaan Shaklee.
Doorgifts & Aturcara majlis
Pendaftaran tetamu bermula pada jam 2.00 petang sehingga 3.00 petang. Ramai yang datang okay, hampir penuh dewan. Selepas mendaftar, tetamu akan diberikan doorgift comel dan kita bolehlah masuk ke dewan dan mencari tempat duduk.
Semua tetamu mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula pada pukul 3.00 petang. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk Masters Shaklee dan seterusnya Master Coordinator yang diraikan iaitu Masters Rohaya Chalo & Mohd Samsul. *meriah okay!!*
Majlis dimulakan dengan Key Note Address oleh Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim. Ucapan tahniah disampaikn oleh Mr.Victor kepada Master Rohaya seterusnya ucapan motivasi kepada tetamu dan Usahawan Shaklee. Sebelum berundur diri, Mr. Victor juga menyampaikan sebuah lagu iaitu My Way, persembahan khas untuk Masters Rohaya dan Mohd Samsul.
Mr. Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia
Majlis diteruskan dengan ucapan Guest Speaker Master Siti Nurazlina (Master Lyna) & Harlina Chalo. Dalam ucapan mereka, masing-masing mengucapkan tahniah kepada Master Rohaya dan mereka juga mencerikan serba sedikit bagaimana mereka berjaya dalam perniagaan Shaklee.
Master Siti Nurazlina memberikan hadiah kepada Master Rohaya
Harlina Chalo merupakan kakak dan mama Shaklee kepada
Master Rohaya Chalo
Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan khas daripada Pollux Family. Keluarga Pollux mempersembahkan sebuah lagu 'Standing in The Eyes' dan sajak khas untuk Master Rohaya & Mohd Samsul. Memang meriah!
Persembahan istimewa daripada Pollux Family
Tanpa membuang masa, acara yang dinantikan oleh semua orang iaitu Recognition of new Master Coordinators, Masters Rahaya Chalo & Mohd Samsul. Sekali lagi, Master Rahaya & Mohd Samsul diarak masuk ke dalam dewan dan naik ke atas pentas. Hadiah sebagai Master Coordinators telah disampaikan oleh Mr. Victor Lim kepada Master Royaha dan Mohd. Samsul.
Di dalam ucapan Master Rohaya, dia telah menceritakan bagaimana dia bermula dengan Shaklee, faktor beliau menjadi ahli Shaklee dan Push Factor yang beliau pegang sehingga berjaya menjadi Jutawan Shaklee.
Master Rohaya menceritakan perjalanan Shakleenya
Target board Master Rohaya
Pembakar semangat untuk berjaya
Master Rohaya bukan sahaja meraikan dirinya, tapi beliau juga meraikan keluarga Polluxnya. Recognition juga diberikan kepada mereka. Memang best la bila lihat mereka pun dapat hadiah.
Pollux Family mendapat recognition
Acara terakhir pada majlis itu ialah, acara potong kek oleh Masters Rohaya & Mohd Samsul. Ahli keluarga Master Royaha dan Master Coordinators yang lain juga dijemput naik ke pentas untuk sama-sama meraikan acara tersebut. Akhir sekali ialah sesi bergambar dengan ahli keluarga, Master Coordinators dan Pollux Family.
Acara potong kek
Shaklee Rock!
Majlis meraikan Master Rohaya & Mohd Samsul tamat pada 4.50 petang dan semua tetamu dijemput untuk makan petang. Bukan makan petang biasa okay, memang makan untuk makan malam terus hee :)
Begitulah Majlis Master Celebration berlangsung. Apa yang Zeha dapat daripada majlis ni? Selain dapat doorgift comel dan makan sedap-sedap, zeha mendapat inspirasi, motivasi dan semangat untuk meneruskan perniagaan Shaklee dan berjaya dalam perniagaan ini. Jeles wooo. Zeha pun mau juga naik pentas, diraikan oleh Master Coordinators dan family Shaklee. Masa tu, mesti kita rasa bangga dan terharukan sebab usaha keras dan pengorbanan kita dihargai dan kita rasa susah payah yang kita rasa sebelum ini adalah sangat-sangat berbaloi. Kalau mereka boleh berjaya, kenapa Zeha tidak boleh? Yang membezakan kita semua adalah kemahuan dan usaha kita untuk mencapai target yang telah kita buat setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari. Zeha mau buat ibu bapa dan keluarga zeha bangga dengan zeha sekali lagi, mau memberi kesenangan dan kegembiraan kepada mereka. InsyaAllah. Semoga kita sama-sama berjaya dalam bidang masing-masing.
YOU CAN DO IT ZEHA!!
Okay, sekian sahaja daripada Zeha. Jumpa lagi di entry akan datang :)
Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
No comments:
Post a Comment