Assalamualaikum
Hai Hai!
Setiap kita pernah melalui ups and downs dalam kehidupan. Dari kecil sampai la sekarang kita akan melalui situasi tersebut. Sewaktu kecil mungkin kita tidak faham atau tidak tertekan dengan situasi sebegitu tapi bila sudah dewasa ni macam-macam perasaan yang dirasa.
Zeha pernah rasa down masa zaman belajar dulu dengan assignments, exams dan final project. Sekarang pula melalui zaman pekerjaan still menghadapi jatuh bangun, cabaran dan dugaan. Namun bila sudah mencapai kejayaan Zeha rasa puas hati, gembira dan bersyukur kerana berjaya mengharunginya.
Bila Zeha sedih, zeha mahu bersendirian buat seketika. Zeha akan berada di dalam bilik pada waktu itu. Zeha tidak mahu perasaan sedih dan tertekan itu memberi kesan kepada orang lain ( mami, dadi dan adik-beradik). Biarkan lah zeha bersendirian pada waktu itu. Zeha baring dan lelap seketika, selepas itu akan rasa OKAY.
Kedua bila zeha rasa sedih, zeha akan menonton tv (channel masak-masak) atau menonton Running Man di laptop. Hee this is always work. Zeha akan ketawa dan rasa lapang lepas menonton. Lupa seketika tentang masalah dan kesedihan yang dihadapi.Terus rasa okay.
Ketiga bila zeha rasa sedih, sudah semestinya zeha akan berdoa dan meminta kepada Allah SWT supaya dihilangkan rasa sedih ini. Minta ampun daripada Allah SWT agar diampunkan segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan. Yala..mungkin ada sesuatu kesilapan yang telah zeha buat tapi kita tidak menyedarinya. Maka Allah SWT memberi ujian kepada kita untuk menghadapinya. Selepas bersolat, berzikir dan berdoa, zeha akan berasa lapang dan senang hati. Namun janganlah kita mencari Allah SWT hanya ketika susah, masa senang pun kita kenalah ingat kepada Allah SWT dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan.
Walau apa pun yang berlaku dalam hidup kita, kita hadapilah cabaran dan halangan tersebut dengan tabah. Mungkin mudah untuk berkata-kata tapi jika kita meminta kepadaNya, InsyaAllah Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita.
Akhir sekali sentiasa senyum agar kita senang hati dan orang lain pun turut senang hati :)
No comments:
Post a Comment