Assalamualaikum
Hai hai hai
Makanan yang mengandungi vitamin E adalah sumber anti-oksida yang mampu menentang radikal bebas yang ada di dalam badan.
Vitamin E ialah nutrien larut lemak yang banyak ditemui di dalam makanan. Di dalam badan, vitamin E bertindak sebagai nutrien yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Vitamin E adalah kunci untuk imunisasi yang kuat dan kesihatan kulit dan rambut.
Dalam sehari, seorang dewasa memerlukan hampir 15 gram vitamin E. Memandangkan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin E secara semulajadi, maka manusia perlu mendapatkan vitamin E melalui makanan atau pun supplemen.
15 makanan sumber vitamin E yang SELAMAT dan SIHAT untuk dimakan dan diamalkan ialah:
1. Kacang Badam (Almonds)
Kacang badam adalah salah satu sumber makanan vitamin E yang terbaik. 1 auns kacang badam memberikan 7.4 mg Vitamin E. Vitamin E dari kacang badam juga boleh diperoleh dalam bentuk susu kacang badam atau minyak kacang badam.
2. Bijian mentah (Raw Seeds)
Bijian mentah seperti biji bunga matahari, labu dan bijan adalah makanan yang mengandungi vitamin E. Memakan 1/4 cawan bijian bunga matahari memberikan 90.5% vitamin E, untuk pengambilan harian.
3. Swiss Chard
Swiss chard adalah sayuran berdaun yang mudah dimakan setiap hari. Ia kaya dengan vitamin K, vitamin A, vitamin C dan vitamin E. Pengambilan 1 cawan swiss chard yang direbus akan memberikan hampir 17% vitamin E.
4. Mustard Greens
Mustard greens mempunyai banyak khasiat. Bukan sahaja ia kaya dengan vitamin E, malah mustard greens juga kaya dengan vitamin K, vitamin A, folate dan vitamin C. Memakan 1 cawan mustard green mengandungi 14% nutrien untuk pengambilan harian.
5. Bayam (Spinach)
Bayam adalah sayur berdaun yang memberikan banyak khasiat dalam diet harian seseorang. Bukan sahaja kaya dengan kalsium, tapi ia juga tinggi dengan folate dan vitamin E.
6. Turnip Greens
Turnip greens mempunyai rasa yang sedikit pahit, namun ia sangat diperlukan kerana mempunyai nutrien yang tinggi. 1 cawan sayuran hijau ini mengandungi banyak vitamin K, vitamin A, vitamin C, vitamin E dan folate.
7. Kale
Sayuran hijau ini kaya dengan nutrien yang diperlukan dalam diet seseorang. 1 cawan kale memberikan hampir 6% keperluan vitamin E dalam diet sehari.
Minyak sayuran adalah sumber vitamin E terbaik. Minyak sayuran yang terbaik ialah Wheat germ oil. 1 sudu besar minyak sayuran memberikan 100% vitamin E untuk keperluan harian. Minyak bunga matahari juga adalah pilihan minyak yang terbaik yang mengandungi vitamin E yang tinggi. Minyak lain yang kaya dengan vitamin E ialah, minyak kelapa, minyak zaitun dan safflower oil.
9. Kacang Hazel (Hazelnuts)
Kacang hazel boleh dijadikan sebagai snek terbaik untuk hari kerja yang panjang. Memakan 1 auns kacang hazel akan memberikan kira-kira 20% vitamin E untuk keperluan harian.
10. Avokado
Acokado merupakan sumber makanan vitamin E yang sedap. Separuh avokado mengandungi 2 mg vitamin E. Avokado adalah makanan yang senang digabung dalam diet sesorang. Avokado boleh dicampur ke dalam salad, sandwich atau dihancurkan menjadi guacamole. (Okay ni memang sedap!)
11. Brokoli (Brocolli)
Brokoli bukan sahaja dikenali sebagai makanan detoks terbaik, tetapi ia juga adalah makanan yang sihat dan tinggi dengan vitamin E. 1 cawan brokoli stim akan memberikan 4% nutrien dalam diet harian.
12. Daun parsli (Parsley)
Herba yang mempunyai vitamin E yang terbaik. Menambah parsli segar ke dalam salad dan apa hidangan akan memberi vitamin E tambahan.
13. Betik (Papaya)
Betik terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi. 1 biji papaya akan memberikan kira-kira 17% nutrien untuk keperluan harian.
14. Buah zaitun (olives)
Dari minyak hingga ke buah, zaitun adalah sumber vitamin E yang boleh diambil dalam diet harian. 1 cawan buah zaitun akan memberikan kira-kira 20% nutrien.
15. Kiwi
Buah yang manis dan berkhasiat kaya dengan vitamin dan mineral. Sebiji kiwi memberikan jumlah vitamin E yang sederhana iaitu 1.11mg. Kiwi juga kaya dengan vitamin C, potassium dan serat.
Itulah 15 sumber makanan yang mengandungi Vitamin E.
Jika anda perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendpaatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321525) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah
No comments:
Post a Comment