Monday, December 1, 2014

Kacang Soya Tidak Berkhasiat?

Assalamualaikum
Hai hai hai!

Selamat datang bulan Disember. Wahh nda sangkakan kita di bulan terakhir tahun 2014. Seperti tetapkan matlamat dan target untuk bulan disember dan berusaha untuk melaksanakannya.

Untuk hari ni zeha mau share tentang Kacang Soya. 

Kacang Soya (Glycine max) ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokok kacang soya tegak dan rimbun serta bunganya berbentuk gumpalan berwarna putih atau ungu. Kacang soya adalah legum berprotein tinggi yang ditanam sebagai makanan manusia dan ternakan. Pekataan soy diambil dari perkataan Jepun syoyu (kicap).

Kacang soya dianggap sebagai sumber protein yang lengkap. Kacang soya mempunyai protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh badan kerana manusia tidak mampu menghasilkan asid amino tersebut.  

Soya ni pula ada yang GMO dan NON- GMO. Erk? apa tu GMO? GMO ni ialah Genetically Modified Organisms yang bermaksud tumbuh-tumbuhana atau haiwan tersebut dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen yang dilakukan oleh manusia. Ia adalah proses pengambilan gen dari satu spesies dan dimasukkan ke spesies yang lain untuk tujuan menghasilkan sesuatu sifat atau ciri-ciri yang baru pada spesies tersebut.

Okay.. Berbalik kepada GMO dan Non-GMO, apa perbezaannya? Hampir semua makanan yang kita makan telah melalui proses GMO untuk menampung keperluan manusia di seluruh dunia dan kacang soya tidak terkecuali. Pada tahun 1999, satu kajian membuktikan bahawa pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan semenjak itu permintaan soya melonjak naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pembekal soya. Disebabkan permintaan yang tinggi dalam industri, makan 96% soya di dunia adalah soya GMO. Hampir semua produk soya di pasaran dan yang mungkin zeha sendiri pernah terbeli adalah soya GMO kecuali jika anda beli soya 'Organik' atau 'Non-GMO' iaitu kandungan genetiknya tidak diubah oleh manusia. So ada perbezaan la kan soya GMO dan Non-GMO. Setelah membaca dan memahami tentang Soya GMO dan Non-GMO, makan boleh dikatakan soya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan individu sekiranya (1) Produk soya yang dimakan itu adalah Soya GMO dan (2) Produk soya yang dimakan dalam kuantiti yang banyak pada setiap hari.

1. Produk soya yang dimakan itu adalah soya GMO dan ia boleh memudaratkan kesihatan individu.
Tidak mustahil jika genetik soya itu telah diubah akan memberi kesan sampingan kepada tubuh individu yang mengambilnya. Yang kita tau, majoriti soya dipasaran adalah GMO dan apabila sesuatu yang semulajdi telah diubah genetiknya oleh manusia, sudah tentu ada kesan sampingan. Menurut pakar, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh badan manusia boleh menyebabkan soya menjadi bahaya kepada kesihatan adalah sangat rendah. 

2. Produk soya yang dimakan dalam kuantiti yang banyak pada setiap hati boleh memudaratkan kesihatan individu.
Pengambilan apa sahaja makanan sepatutnya diambil secara sederhana. Jika berlebihan, memang boleh memudaratkan kesihatan. Bukan soya sahaja, gula berlebihan, garam berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Jadi kalau anda memakan soya GMO dalam kuantiti yang berlebihan setiap hari, memang ada risiko untuk mendapat penyakit-penyakit yang berkatan dengan soya. Tapi ada ko orang makan atau minum soya secara berlebihan? Vegan pun kali pandai juga control pengambilan soya kan.

Seterusnya, jom kita tengok apakah kesan soya kepada penyakit-penyakit berikut. Adakah ia berbahaya dan tidak berkhasiat?

1. Soya Melemahkan Kejantanan Lelaki
Ada yang berpendapat bahawa soya membekalkan phyto-estrogen yang mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki.Phyto-estrogen adalah sejenis komponen pada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Apabila estrogen tinggi dalam tubuh seseorang bermaksud hormon perempuan lebih tinggi. Maka, ramai ibu-ibu hamil khuatir untuk meminum soya kerana risau baby boy yang lahir akan menjadi lembut. 

Namun, sentiasa berbalik kepada KUANTITI pengambilan soya tersebut. Jika individu tersebut adalah ahli bina badan, maka pengambilan soya atau produk yang mengandungi pyhto-estrogen perlu dikurangkan kerana ia boleh mengganggu hormon maskuli yang diperlukan. Tapi, jika individu lelaki tersebut meminum soya pada kadar sederhana, tidaklah sampai jadi lelaki lembut. Malah ibu-ibu hamil pun tidak perlu risau kerana terdapat pilihan untuk mengambil soya non-GMO dan diambil pada kuantiti yang sederhana.

2. Soya Boleh Menyebabkan Kanser
Kanser berlaku disebabkan kandungan phyto-estrogen yang terkandung di dalam soya. Menurut kajian, pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risioko kanser terutamanya kanser payudara. Namun, ada juga kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan soya dalam diet harian mampu mengurangkan risiko kanser. Ini selari dengan banyak kajian yang dilakukan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Apa yang penting ialah, pengambilan soya mestilah diambil secara sederhana.

3. Soya Mengandungi Heavy Metal dan Bahan Kimia yang Bahaya Kepada Kesihatan
Soya bahaya kepada kesihatan jika soya itu ialah soya GMO. Soya GMO telah diubah genetiknya dan pelbagai bahan kimia telah dimasukkan ke soya tersebut agar soya cepat masak, saiz menjadi lebih besar dan sebagainya. Namun, ini boleh dielakkan jika individu memilih soya Non-GMO yang tumbuh secara semula jadi.

So, itulah serba sedikit tentang soya dan penyakit. Namun semua itu boleh dielakkan jika diambil dalam kuantiti yang sederhana dan mengambil produk soya Non-GMO. Shaklee ada menyediakan produk protein soya Non-GMO. Sebelum itu, kita lihat apa beza Soya Non-GMO Shaklee dengan produk soya lain.

Beza Soya Non-GMO Shaklee dengan Soya lain


1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic

Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik?Ini kerana kajian penananam secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dari segi kajian, sudah terbukti ada hubungkait antara kanser dan nitrates.. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran kacang soya ni.

2. Kacang soya mestilah non-GMO (Tidak dihasilkan secara genetik)

Kenapa protein soya mesti non genetik engineered? Ini kerana, secara umumnya kacang soya dari jenis genetik adalah murah untuk dihasilkan dan kebanyakkan syarikat mencari cara yang menjimatkan kos. Dr. Louis J. Pribyl (Saintis Brazil) menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan ke dalam sel tumbuhan.

3. Protein soya mengandungi 9 asid amino perlu

Ini merupakan ciri yang amat penting. Badan memerlukan 9 asid amino perlu untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim. Jika asid amino perlu ini tiada, maka sistem imunisasi boleh menurun sehinggan 30% dan banyak fungsi badan yang penting akan merosot.

4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soy falkes mesti dibersihkan denga  air dan bukan alkohol

Alkohol adalah haram dan apabila soy flakes dicuci dengan alkohol maka ia akan memusnahkan kandungan isoflaven sehingga 88%. Isofalven diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan ia bermanfaat untuk menyeimbangkan hormon dan menaikkan berat tulang.

5. Bahan anti-thyroid/ anti-groeth substance mesti disingkirkan

Soya yang mentah mengandungi 'anti-growth', 'anti-thyrosine' substance. Jika kekurangan bahan-bahan ini akan menyebabkan tekana darah rendah, suhu badan rendah dan restless leg syndrome.

6. Proses pembuatan protein soya sebaiknya tanpa pemanasan

Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Dalam kajian menunujukkan bahawa memasak protein akan merosakkan sehingga 50% asid amino perlu. Jika seseorang individu kurang mengambil asid amino perlu di dalam diet, maka perkembangan otak dan hormon individu tersebut akan merosot.

7. Soy isolate itu mesti ditambah dengan unsur kalsium

Hal ini kerana, kajian melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkankerapuhan tulang. Oleh itu, unsur kalsium yang secukupnya ditambah ke dalam protein soya untuk meneutralkan kembalik serbuk soya tersebut. Kebanyakkan pengusaha/ pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium ke dalam serbuk soya.

Shaklee telah menghasilkan produk soya Non-GMO iaiti Energizing Soy Protein (ESP).


ESP merupakan sumber protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dihasilkan oleh badan dan sukar diperoleh dari diet seharian. ESP dihasilkan daripada soya non-GMO yang semulajadi, rendah lemak dan bebas kolestrol. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam jam lamanya untuk kehidupan yang aktif. Antara kelebihan ESP ialah:
  • Membantu mengekalkan kepejalan ototm pemulihan tidu badan dan fungsi enzim yang sempurna.
  • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah
  • Kandungan lemak yang rendah iaitu 1 gram.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Mencantikkan kulit muka, halus, gebu dan berseri.
  • Mmebantu menghilangkan parut jerawat di muka
  • Memberi tenaga berpanjangan, badan semakin sihat dan kurang keletihan
  • Menganjalkan kembali payudara
  • Cepat kenyang dan membantu pengurusan berat badan
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan
  • Mengawal paras kolestrol
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat
Sememangnya soya non-GMO ESP adalah sangat berkhasiat. Jika berminat bolehlah membuat pesanan.


Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.


 Order ESP



No comments:

Post a Comment