Assalamulaikum
Hai hai hai!
Busy betul minggu ni. Yala bulan 12 bulan kenduri-kenduri kahwin, bulan bercuti-cuti bersama keluarga, so zeha sendiri nda terkecuali. Ada jemputan kenduri kahwin dan cuti-cuti sama family.
Hmm untuk hari ni zeha mau story-story tentang perangai pelik ni. Penat fikir apa perangai pelik zeha. Ada ka? Hehehe..
Then baru zeha ingat, Mummy selalu tegur perangai ni iaitu menggaru kepala yang tidak gatal. Erk pelik ka tu? Hehe. Then yeah..I realised that.
Bila perangai pelik garu kepala ni selalu berlaku? Paling banyak masa tengok televisyen. Cerita di tv memang best, fokus ni tengok tv then tiba-tiba tangan naik atas kepala, garu-garu kulit kepala yang nda gatal *nda gatal k, bebas ketombe hehe* Kadang nda garu pun, macam pegang-pegang ja rambut gitu. But still tangan naik ke kepala.
Bukan time tengok tv ja, tengah driving dan duduk buat kerja di ofis pun boleh terasa mau pegang kepala walaupun bertudung k. Kalau di bilik tengah baring-baring ka or tengok movie di laptop lagi laaa tangan suka mau pegang or garu kepala hehe.
Sekarang tengah mencuba untuk control habit tu. Why? Sebab bila garu-garu ada rambut yang tercabut (gugur). Naaa kalau banyak gugur, nda ka botok nanti?? Mummy pandai kasi takut-takut juga, botak kepala nanti baru tau. Control yourself ya zeha.
So, cam mana? Pelikkah perangai itu?
Apa pula perangai pelik anda?
Jika anda perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendpaatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321525) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
No comments:
Post a Comment