Assalamualaikum
Hai hai hai
Penyusuan susu ibu untuk bayi pun ada mitos Tentu para ibu yang baru dan mahu menyusukan bayi mereka tertanya-tanya apakah mitos penyusuan susu ibu ini.
Berikut adalah MITOS penyusuan susu ibu kepada bayi.
Mitos 1
Untuk memastikan bayi mendapat air yang cukup, ibu perlu memberikan bayi mereka air masak selain susu ibu
Fakta
Bayi yang normal dilahirkan dengan simpanan air yang cukup di dalam badan untuk memastikan mereka tidak terhidrat sehinggalah susu ibu diberikan. Susu ibu pula mampu berubah suhunya mengikut cuaca supaya ia mampu menghilangkan dahaga pada si bayi seterusnya mengenyangkan mereka. Untuk memastikan sama ada bayi mengalami dehidrasi atau tidak, si ibu perlu memerhatikan keadaan urin bayi yang dihasilkan. Jika bayi telah mengeluarkan antara 6-8 liter urin bermaksud susu yang diberi adalah mencukupi.
Mitos 2
Saya perlu mengurut perlahan puting terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi.
Fakta
Payudara wanita telah dicipta secara semulajadi bagi tujuan menyusukan bayi. Tiada urutan diperlukan sebelum menyusukan bayi, malah perlakuan tersebut boleh mengakibatkan kesakitan pada puting.
Mitos 3
Saya mesti menggunakan kedua-dua belah payudara setiap kali menyusukan bayi.
Fakta
Keadaan ini mungkin memberi kelebihan kepada ibu kerana ia akan mengimbangi payudara. Jika baya belum selesai menyusu dan kemudian bertukar ke susu yang sebelah lagi, bimbang bayi atidak mendapat khasiat yang sepenuhnya pada susu yang sebelumnya. Biarkan bayi menyusu pasa satu payudara terlebih dahulu dan sebelah payudara lagi pada waktu yang lain.
Mitos 4
Kandungan susu yang banyak bergantung kepada saiz payudara anda.
Fakta
Kenyataan yang salah. Jumlah susu yang dihasilkan langsung tidak dipengaruhi oleh saiz payudara. Dengan usaha yang betul dan berterusan, penghasilan susu ibu akan sentiasa bertambah.
Mitos 5
Bayi yang menyusu di dalam botol berisiko mengalami kembung perut manakala yang menyusu pada badan tidak akan mengalami kembung perut.
Fakta
Mana-mana bayi yang menyusu badan tidak terkecuali daripada kembung perut. Namu, kebiasaannya bayi yang menyusu badan akan mudah menghadam susu badan berbanding susu formula. Ibu-ibu yang menyusukan bayinya perlu menjaga pemakanan dengan baik untuk mengelak bayi mendapat kembung perut.
Mitos 6
Apabila sudah kembali bekerja, si ibu boleh berhenti memberikan susu ibu kepada bayi.
Fakta
Tidak sama sekali. Penyusuan kepada bayi hendaklah diteruskan pada sebelah pagi dan malam. Malah, semasa bekerja, si ibu boleh mengambil masa rehat untuk mengepam susu bagi tujuan simpanan pada waktu siang.
Mitos 7
Kebanyakan wanita tidak menghasilkan susu yang cukup
Fakta
Tidak betul. Majoriti wanita mengeluarkan lebih daripada cukup susu. Alasan biasa bayi tidak mendapat susu kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara. Oleh itu, penting untuk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan yang betul untuk menyusukan bayi.
Mitos 8
Tiada susu selepas beberapa hari bersalin
Fakta
Memang perkara biasa kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara dan sudah pasti bayi tidak mendapat susu. Ada ibu yang merungut, bayi sudah menyusu hampir dua jam tapi masih menangis dan lapar bila dilepaskan. Sebenarnya, pada minggu pertama kelahiran, payudara tidak mengeluarkan susu yang banyak. Yang keluar hanya kolostrun iaitu susu awal ibu yang pekat.
Mitos 9
Ibu perlu mencuci puti setiap kali hendak menyusukan bayi
Fakta
Membasuk puting sebelum menyusukan bayi akan membuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan pada puting.
Mitos 10
Mengepam susu adalah cara terbaik untuk mengetahui jumlah susu yang dimiliki.
Fakta
berapa banyak susu yang boleh dipan bergantung kepada faktor paras tekanan si ibu. Bayi yang menyusu dengan baik memperoleh lebih banyak susu berbanding yang dipam oleh si ibu.
Apa-apapun, jika si ibu ingin menyusukan bayi meraka sehingga umur 2 tahun berdoalah kepada Allah swt.
Boleh baca SINI untuk TIPS Menambah Susu Ibu
Jika anda perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendpaatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321525) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah
sumber:
- http://raudhatulafiah.blogspot.com/2014/03/mitos-penyusuan-susu-ibu.html
- http://adaa-inspiration.com/2013/07/11/10-mitos-penyusuan-susu-ibu
No comments:
Post a Comment