Assalamualaikum
Hai hai hai
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Ia termasuklah memberikan kesihatan yang baik dan memberikan nutrisi yang cukup kepada anak-anak.
Namun, semakin anak membesar semakin sukar untuk memberi nutrisi yang lengkap kepada mereka. Anak-anak mula mengenal dan memilih makanan yang mereka mahu terutamanya makanan yang manis, rangup dan sedap untuk dimakan.
Pasti ibu bapa akan merasa risau dengan keadaan tersebut kerana anak-anak tidak mahu memakan sayur dan situasi ini akan menyebabkan anak-anak kekurangan nutrisi.
Kenapa makanan bernutrisi penting untuk kanak-kanak?
Makanan bernutrisi adalah penting dan kanak-kanak perlu mendapatkan nutrisi yang cukup kerana:
- Membantu memberi tenaga untuk bergerak aktif
- Memberi tenaga kepada sel dan organ untuk berfungsi dengan baik
- Pembinaan dan penggantian sel-sel badan
- Menguatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit
Kesan kekurangan nutrisi pada kanak-kanak
Kekurangan nutrisi pada kanak-kanak akan menyebabkan
- Kurang tenaga dan tidak dapat bergerak aktif
- Mudah diserang penyakit kerana sistem imunisasi tidak kuat
- Proses pembinaan dan penggantian sel-sel badan menjadi lambat
- Gigi dan gusi mudah rosak, mudah berdarah dan bengkak
- Tumbesaran kana-kanak menjadi lambat
Oleh yang demikian, kita perlu memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang cukup dalam diet mereka. Berikut adalah panduan diet pemakanan kanak-kanak agar mereka mendapat nutrisi yang cukup.
Makanan utama
1. Korbohidrat
Merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaanya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang dipreoses dan juga makanan ringan. Pilihan karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayur-sayuran, roti, bijirin gandum dan lain-lain.
2. Protein
Protein penting untuk kanak-kanak, namun perlu diberikan pada kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protein yang baik adalah telur, susu, ayam, keju, ikan , daging dan sebagainya.
3. Lemak
Tidak ada keperluan untuk kanak-kanak menikmati hidagan rendah lemak. Lemak adalah komponen utama dalam diet mereka. masalah hanya timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 (tuna, sardin, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, kacang badam)
Ibu bapa juga perlu mengelakkan beberapa perkara iaitu:
1. Elakkan kanak-kanak untuk mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku
2. Jangan jadikan makanan segera sebagai makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
3. Sediakan buah-buahan sebagai makan ringan di rumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat.
Penting juga untuk ibu bapa mengetahui keperluan kalori anak-anak mereka dalam sehari.
Oleh yang demikian, bagi memastikan kanak-kanak mendapat keperluan nutrisi yang cukup dalam tubuh mereka, ibu bapa boleh menyediakan snack atau makanan berkhasiat untuk mereka nikmati. Buah-buahan seperti epal, oren, anggur, papaya dan pisang serta kekacang seperti badan adalah sesuai untuk mereka nikmati.
Gunakanlah kreativiti anda untuk menarik minat dan selera untuk menikmati hidangan yang berkhasiat. Hidangan yang sihat tidak sepatutnya membebankan ibu bapa dari segi kewangan mahupun masa untuk menyediakannya.
Malah ibu bapa juga boleh cuba memberikan MEAL SHAKES Shaklee kepada anak-anak agar mereka mendapat vitamin dan mineral yang cukup dalam badan. Meal Shakes ialah minuman dan makanan tambahan yang menyediakan jumlah nutrien yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tujuan tumbesaran dan perlindungan.
- Bergerak aktif dan cergas
- Memilih makanan
- Kurang fokus di dalam kelas
- Ada masalah sembelit
- Mudah sakit dan kerap demam
- Kanak-kanak yang menghidap asthma
Boleh KLIK untuk info lamjut --> MEAL SHAKES :)
Berikut adalah testimoni yang diberikan oleh ibu kanak-kanak yang mengambil meal shakes dalam diet mereka untuk tujuan menambah nutrisi dalam diet seterusnya membantu mereka terhindar daripada sebarang penyakit (imunisasi)
Jadi..kepada ibu bapa sekalian, jangan abaikan nutrisi anak-anak anda keran setiap ibu bapa mahu anak-anak membesar dengan sihat.
Jom la order!
Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
No comments:
Post a Comment