Tuesday, December 16, 2014

Muka berkedut, Kolagen Berkurangan. Ke Mana Hilangnya Kolagen?

Assalamualaikum
Hai hai hai!

Semua wanita pada masa sekarang ni mahu kekal muda dan memiliki kulit yang cantik dan sihat. Bila ada garis-garis halus di muka, mulalah rasa risau sebab lama kelamaan garis halus tu boleh menjadi kedutan di muka. Adoii nda dapat bayangkan muka yang anjal dan gebu sekarang ni jadi berkedut kedut.

Jadi kalau mau kekalkan keanjalan kulit muka, mau awet muda, ramai yang akan sebut tentang Kolagen. Apa sebenarnya kolagen ni? Kenapa ia dikaitkan dengan kecantikan?

Jom teruskan pembacaan :)

Apakah Kolagen?

Kolagen ialah protein yang dihasilkan oleh sel-sel yang membantu untuk "memegang" kulit bersama-sama, seterusnya memberi ketegangan dan keanjalan kepada kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen yang terkandung di dalam tubuh badan kita seperti kulit, tulang dan gigi.

Ketika masih muda, kulit kita kekal berisi dan licin kerana kolagen sentiasa menjana semula dirinya. Tetapi semakin hari apabila semakin berusia, pengeluaran kolagen semakin merosot. Kolagen yang sedia ada pula akan rosak kerana pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran dan tabiat buruk yang dilakukan pada kulit. Hasilnya? Kedutan akan terhasil dan kulit mengendur ke selatan.


Apakah punca kehilangan kolagen?

Semakin berusia, kolagen yang ada pada kulit akan hilang. Kehilangan kolagen ini disebabkan:

1. Kekurangan Vitamin C


Satu kajian di American Journal of Nutrition mendapati bahawa wanita berusia 40 ke-atas dengan pengambilan vitamin C yang tinggi di dalam diet kurang mendapat kedutan pada kulit berbanding wanita yang kurang mengambil vitamin C. Vitamin C adalah nutrien penting dalam penghasilan kolagen.

2. Terdedah kepada cahaya matahari


Wajah yang selalu terdedah kepada sinar matahari akan menyebabkan kehilangan kolagen pada kulit. Cahaya matahari adalah suspek utama yang mempercepatkan kehilangan kolagen. Sinar UVA yang menembusi ke dalam kulit akan merosakkan struktur sokongan kolagen. Wanita disarankan untu memakai krim SPF15 untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

3. Tabiat merokok


Buruk betul kalau nampak wanita merokok kan? Haa tabiat merokok ini juga adalah punca kolagen hilang daripada kulit. Merokok akan menghasilkan enzim yang dipanggil sebagai matrix metalloproteinases (MMPs). MMPs akan merosakkan kolagen pada kulit seterusnya menghasilkan kedutan.

4. Suka makan manisan

Menurut Dr.Patria Farris, penulis buku The Sugar Detox, memakan terlalu banyak gula boleh merosakkan kecantikan. Ia menyebabkan penuaan kulit pra-matang melalui proses yang dipanggil glycation. Ia adala apabila gula yang berlebihan di dalam darah melekat pada lipid, asid nukleik dan protein (terutamanya kolagen) untuk membentuk produk akhir iaitu "advanced glycation", yang akan mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan kulit berkedut.

5. Kurang anti-oksidan di dalam badan

Anti-oksidan membantu melindungi sel daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit. Radikal bebas akan melekat pada sel-sel kulit yang sihat dan akan mengambil elektron yang mereka perlukan seterusnya meninggalkan sel-sel kulit yang sihat menjadi rosak. Proses ini mencetuskan suatu enzim dalam kulit yang merosakkan kolagen. Pengambilan makanan yang mempunyai anti-oksidan akan membantu meneutralkan radikal bebas supaya ia tidak perlu mengambil elektron pada sel-sel kulit yang sihat.

6. Kurang urutan muka


Membuat urutan muka setiap hari akan membantu meningkatkan penghasilan kolagen, memberi kegebuan kepada kulit dan membantu kelenjar limpa untuk menggalakkan kulit yang sihat.

Haa itu adalah punca-punca kehilangan collagen yang seterusnya menghasilkan kedutan pada kulit.

Cuba bayangkan muka berkedut sebelum usia yang sepatutnya? Eh kalau boleh, sudah tua pun nda mau muka berkedut. Antara KEPENTINGAN  kolagen pada tubuh ialah:


  1. Mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah kedutan
  2. Memulihkan masalah kulit
  3. Mencantikan dan menyuburkan rambut
  4. Menegangkan payudara
  5. Menguatkan tulang
  6. Mencerahkan kulit dan mencegah pigemnetasi
  7. Melambatkan proses penuaan kulit
Bagaimana untuk mendapatkan KEBAIKAN diatas? Hee anda bolehlah mengambil Collagen Powder Shaklee. Collagen Powder Shaklee adalah ISTIMEWA kerana:

  1. Collagen Powder mengandungi 4,000 mg prprietari RSS (Red Snapper Scale) Collage iaitu kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen.
  2. Diekstrak daripada sisik ikan merah kerana kalogen daripada ikan laut dalam adalah yang paling menghampiri kolagen dalam badan manusia.
  3. 7 bahan utamanya ialah ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan luaran dan dalaman.
  4. Molekul kolagen yang sangat ringan iaitu 1,000 Dalton. Ia mudah diserap oleh tubuh manusia.
  5. Mudah larut dalam minuman dan makanan kegemaran. 
Sempena bulan Disember yang istimewa ini, Shaklee telah membuat promosi untuk Collagen Powder. Disember adalah bulan terakhir untuk mendapatkan Collagen powder kerana pada tahun 2015, pengeluarannya akan dihentikan sementara waktu bagi tujual proses pembaharuan lesen.


Jadi apa tunggu lagi?

Jangan biarkan muka berkedut kerana kekurangan kolagen sebelum usia sepatutnya.

Alang-alang mencantikan diri, cantiklah sampai ke tua :)

Dapatkan segera!

Jika anda perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendpaatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321525) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah

 Collagen Powder

No comments:

Post a Comment