Friday, December 5, 2014

Apakah Healing Crisis?

Assalamualaikum
Hai hai hai!

Pernah tau tentang Healing Crisis? Teus terang zeha nda pernah tau dan tidak tau apa itu healing crisis sehinggalah zeha mengambil supplemen Shaklee dan menjadi ahli Shaklee. Masa tu la zeha pernah dengar tentang Healing Crisis dan mula mencari apa itu healing crisis. Dalam bahasa Malaysia, healing crisis ini ialah krisis penyembuhan.


Apa Sebenarnya Krisis Penyembuhan ni?

Krisis penyembuhan ialah petanda tubuh badan sedang bertindak balas dengan perubahan untuk menjadikan badan sihat. Toksin berkumpul di dalam tisu badan manusia terutamanya tisu lemak. Selain itu, tubuh badan manusia juga mempunyai koloni bakteria. Apabila individu melakukan proses pembersihan badan, toksin akan dikeluarkan, bakteria akan mati dan seterusnya akan melepaskan endotoxins. Apabila toksin dan sisa dipaksa keluar daripada badan, badan akan mula membawa mereka ke aliran darah untuk ditapis dan disingkirkan. Edaran pembersihan toksin keluar daripada badan secara tiba-tiba ini akan memberi kesan sementara terhadap kesihatan dan kesejahteraan hidup seterusnya beberapa gejala penyakit boleh berlaku. Dari segi positifnya, krisis penyembuhan yang anda alami adalah tanda bahawa badan telah bertindak balas dan badan akan mendapat kesihatan yang lebih baik.

Tanda-Tanda Seseorang Mengalami Krisis Penyembuhan

Tanda-tanda seseorang megalami krisis penyembuhan adalah seperti sakit kepala, loya dan demam. Gejala tersebut biasanya dialami ketika sakit. Semasa krisis, gejala dari penyakit lama mungkin akan berulang. Tanda-tanda krisis penyembuhan adalah berbeza bagi setiap individu. Antara tanda-tanda lain ialah seperti:
  • Keletihan
  • Cirit-biri
  • Demam
  • Kebimbangan
  • Perubahan emosi
  • Loya
  • Kegatalan kulit
  • Hidung tersumbat
  • Kesesakan
  • Tekanan darah rendah
Berapa Lama Krisis Penyembuhan Berlaku?

Krisis penyembuhan akan terjadi sekurang-kurangnya tiga hari bergantung kepada tahap ketahanan individu dan keadaan sakit tersebut. Semakin banyak atau teruk toksin tersebut, semakin bertambah krisis penyembuhan boleh berlaku. Apabila badan manusia mula untuk menyingkirkan toksin, tenaga akan berkurangan dan individu mula berasa lemah seterusnya sakit. Jika ini berlaku, anggaplah ia sebagai tanda badan mula bertindak balas dan mula bekerja untuk menyingkirkan toksin dan sisa keluar daripada badan.

Bagaimana untuk Menangani Krisis Penyembuhan?

Adalah penting untuk individu sentiasa meminum air agar tidak berlaku dehidrasi. Meminum air akan menggalakkan badan untuk terus menyingkirkan toksin yang ada dalam badan. Untuk tujuan detoks, meminum air lemon dan teh herba juga membantu untuk membuang keluar toksin dan membantu memberi nutrien dan antioksidan. Urutan, akupuntur, EFT (emotional freedo technique) dan meditasi mungkin akan membantu untuk melegakan tanda-tanda krisis penyembuhan terutamanya keletihan dan tekanan.

Jadi kalau anda atau orang sekeliling anda mengalami krisis penyembuhan ini, diharap untuk bertenang kerana itu adalah fasa di mana badan sedang bertindak balas dengan supplemen yang baru diambil. Ambik masa untuk berehat, minum air secukupnya, makan makanan berkhasiat dan lakukan senaman ringan. Itu akan membuat anda berasa lega dan badan kembali seperti normal.

Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah
 Order Shaklee

No comments:

Post a Comment