Monday, December 29, 2014

Oh! Jerawat. Bagaimana Mengatasi Masalah Jerawat dalam kalangan Remaja?

Assalamualaikum
Hai hai hai

Oh! Jerawat. Tentu setiap dari kita yang melalui zaman remaja pernah berhadapan dengan JERAWAT. Kalau ada yang tidak pernah ada jerawat tu syukurlah.. 

Untuk remaja nda kira perempuan atau lelaki, jerawat mula timbul apabila mereka mula melangkah ke alam akil baligh. Haa situlah timbul biji-biji halus di dahi dan seterusnya melarat ke bahagian- bahagian muka yang lain. Itu kira normal la kan sebab kalau dirawat dengan baik hilang juga tu jerawat. Tapi kalau yang dapat jerawat di muka, besar-besar pula tu then ada lagi di badan. Serius sudah tu kan? 

Apa itu Jerawat?

Jerawat atau 'acne' merupakan keradangan (infamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak (sebaceous) pada bahagia kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis rawatan umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceius (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang sering dialami oleh individu remaja dan dewasa awal 20-an.

Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka, belakang badan dan dada. Masalah ini boleh memberi kesan psikologi yang teruk kepada remaja terutamanya remaja dalam alam persekolahan. 

Punca-punca terhasilnya Jerawat

Masalah ini biasa dialami oleh remaja yang mula melangkah ke tempoh kematangan. Lebih kurang 85% daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat (acne vulgaris).

1. Hormon
Dalam proses kematangan individu, kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan hormon. Kegagalan fungsi folikel pilosebaceous yang didorong oleh perubahan hormon androgen terutamanya semasa remaja akan menyebabkan terhasilnya jerawat. Hormon yang terlibat ialah testosteron dan ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia akan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik. Bagi individu yang sensitif, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku. Fungsi sebum yang sebenarnya tidak dapat dipastikan tetapi ia dipercayai bertindak sebagai pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi campuran mikroorganisma yang biasa ialah propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang boleh menyebabkan keradangan.

2. Pemakanan
Tidak dapat dibuktikan dengan jelas bahawa pemakanan atau diet adalah punca terhasilnya jerawat. Namun, diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin di dalam badan. Insulin adalah hormon penting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi punca pertumbuhan jerawat pada kulit muka dan belakang badan.

3. Stress
Stress juga adalah punca terhasilnya jerawat tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan yang betul. Tahap stress yang tinggi mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila dalam keadaan stress, adenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

4. Alat Solek
Alat solek yang tidak dibersihkan  dan tidak membersihkan solekan yang dipakai juga menjadi punca terhasilnya jerawat. Ia akan memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit muka.

5. Matahari
Cahaya matahari bukan punca utama tetapi haba yang dihasilkan oleh matahri boleh menyebabkan kulit berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbat liang roma.

6. Pakaian
Tidak ramai yang mengalami masalah jerawat yang tumbuh di belakang badan. Namun ia tetap berlaku dan ia berpunca daripada jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim seperti di Malaysia. belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. 

Mekanisma kejadian jerawat

Terdapat 4 mekanisma utama kejadian jerawat

  1. Kelenjar minyak menjadi besar (hipertropi) dengan peningkatan penghasilan sebum (akibat ransangan hormon androgen).
  2. Hiperkeratosis (kulit menjadi tebal) epitelium folikular (pertumbuhan sel-sel yang cepat dan mengisi ruang folikel polisabaceous dan membentuk plug).
  3. Pertumbuhan kuman, propionibacterium acnes yang cepat (folikel polisebaceous yang tersumbat akan memerangkap nutrien dan sebum serta menggalakkan pertumbuhan kuman.
  4. Inflamasi (radang) akibat hasil sampingan kuman propionibacterium acnes.
Rawatan kepada masalah jerawat

Para remaja janganlah risau kerana masalah jerawat boleh dirawat sama ada menggunakan bahan semulajadi, produk pencegah jerawat ataupun pengambilan supplemen kesihatan. Antaranya ialah:

1. Membasuh muka setiap kali semasa mandi.
Membasuh muka akan membantu menghilangkan kotoran dan minyak. Basuh muka dengan lembut menggunakan tangan.
. 
2. Gunakan produk muka khas untuk masalah jerawat.
Gunakan produk khas untuk masalah jerawat agar ia dapat membantu menghilangkan dan mencegah jerawat.



3. Skrub muka
Skrub mukan adalah proses untuk menanggalkan sel kulit mati yang terdapat pada permukaan kulit.

4. Elak sentuh muka
Ramai yang suka memegang dan memicit jerawat. Namun kelakuan itu tidak digalakkan sama sekali. Memegang kulit muka yang ada jerawat dengan tangan akan menyebarkan bakteria ke kawasan lain. Jerawat mungkin timbul dan akan menyebabkan inflamasi.

5. Minum banyak air suam dan makan makanan berkhasiat
Air bukan sahaja bagus untuk badan tetapi ia juga baik untuk kulit. Pemakanan yang baik juga boleh mencegah jerawat. Makanlah makanan seperti bijirin, buah-buahan dan sayur sayuran.

6. Tukar sarung bantal 3-4 hari.
Sarung bantal mengandungi bakteria, habuk dan agen menyebab jerawat. Digalakkan untuk menukar sarung bantal setiap minggu untuk mencegah penghasilan jerawat.

7. Relaks
Pakar percaya bahawa stress boleh membawa kepada jerawat. Oleh itu, cubalah bertenang dan lakukan aktiviti yang lebih menyenangkan hati agar tekanan berkurangan.

8. Bersenam
Bersenam pada setiap hari akan mengurangkan tekanan dan seterusnya melancarkan peredaran darah di dalam badan. Cuba mandi selepas bersenam kerana itu akan membantu menyingkirkan peluh dan kotoran yang tersumbat di dalam pori.

9. Berjumpa dengan pakar
Jika semua cara di atas tidak berkesan, berjumpalah dengan doktor untuk konsulatasi. Doktor akan memberi nasihat dan ubat yang sesuai untuk mengatasi masalah jerawat tersebut.

10. Supplemen Kesihatan
Remaja juga boleh mengambil supplemen kesihatan untuk mencegah dan menghilang kesan parut jerawat. Selain itu, ia juga untuk mendapat kulit yang sihat, cantik dan kekal awet muda.


Set Cantik & Cegah Jerawat

1. Zinc Complex
  • Mengurangkan radang jerawat
  • Mempercepatkan pemulihan luka jerawat
  • Meningkatkan kesihatan hormon
2. Sustained Release Vita-C Plus
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Meningkatkan kolagen semulajadi
  • Membantu menyekat bekteria menyerap jerawat
3. Vita-E Complex
  • Membantu mengurangkan kesan parut jerawat. Cecair vita-E boleh disapu ke atas parut jerawat.
  • Membantu memulihkan tekstur kulit
4. ESP
  • Protein membantu memperbaharui sel-sel kulit
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menghaluskan kulit
  • Boleh dijadikan masker muka
Oleh yang demikian, janganlah risau jika jerawat timbul di muka kerana ia boleh dirawat dan dicegah dari awal :)




sumber:
  • http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=490
  • http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/teen-acne-13/teenage-acne
  • http://www.wikihow.com/Treat-Teen-Acne

No comments:

Post a Comment