Wednesday, December 24, 2014

Anak Menyusu Lebih 2 tahun. Boleh atau tidak?

Assalamualaikum
Hai hai hai.

Setiap ibu mahu menyusukan anak yang baru dlahirkan dan berazam mahu menyudukan anak sehingga umur 2 tahun. Umum tahu bahawa susu ibu sangat berkhasiat  kepada bayi. Namun, selepas 2 tahun bagaimana pula? Perlu diteruskan atau dihentikan? Ramai ibu-ibu yang mengalami dilema ini. 

Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menysukan anak lebih dari 2 tahun jika menyusukan bayi tidak mendatangkan mudarat kepada bayi dan dengan persetujuan suami dan isteri.

Namun, kebiasaanya apabila anak sudah mencecah umur 2 tahun, dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 233:

" Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa menyempurnakan susuan"

Ayat di atas adalah panduan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy menafsirkan ayat 233 di atas menyatakan: "Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudaratan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri".

Ada juga sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur yang berpandangan bahawa tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Dari segi perubatan, penyusuaan jangka panjang (extended breasfeeding) adalah apabila seorang ibu menyusukan bayi mereka selepas tahun pertama. Kebanyakan ibu-ibu terutama di Eropah yang memahami kepentingan penyusuan ibu akan meneruskan penyusuan dan hanya akan menghentikan penyusuan anak antara 2 tahun hingga 4 tahun.

Doa yang boleh diamalkan oleh para ibu jika mahu menyusukan bayi sehingga 2 tahun

Walaupun bayi mendapat makanan daripada makanan pejal, namun susu ibu adalah yang terbaik kerana ia menyediakan antibodi semulajadi, nutrien dan vitamin kepada bayi.

Maka, tidak salah untuk menyusukan bayi lebih dari umur 2 tahun asalkan ia tidak memudaratkan dan mendapat izin suami dan isteri. Dan tidak salah juga untuk menghentikan penyusuan setelah mencecah 2 tahun. Para ibu bapa boleh mendapatkan nasihat doktor berkenaan hal ini jika kuran pasti. Yang zeha pasti, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Boleh baca sini untuk 
Jika anda perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendpaatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321525) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah

 Set Penyusuan Shaklee



sumber:
  • http://drzubaidi.com/blog/apakah-penyusuan-ibu-boleh-dilanjutkan/

No comments:

Post a Comment