Monday, December 29, 2014

Oh! Jerawat. Bagaimana Mengatasi Masalah Jerawat dalam kalangan Remaja?

Assalamualaikum
Hai hai hai

Oh! Jerawat. Tentu setiap dari kita yang melalui zaman remaja pernah berhadapan dengan JERAWAT. Kalau ada yang tidak pernah ada jerawat tu syukurlah.. 

Untuk remaja nda kira perempuan atau lelaki, jerawat mula timbul apabila mereka mula melangkah ke alam akil baligh. Haa situlah timbul biji-biji halus di dahi dan seterusnya melarat ke bahagian- bahagian muka yang lain. Itu kira normal la kan sebab kalau dirawat dengan baik hilang juga tu jerawat. Tapi kalau yang dapat jerawat di muka, besar-besar pula tu then ada lagi di badan. Serius sudah tu kan? 

Apa itu Jerawat?

Jerawat atau 'acne' merupakan keradangan (infamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak (sebaceous) pada bahagia kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan menunjukkan bahawa terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis rawatan umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceius (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang sering dialami oleh individu remaja dan dewasa awal 20-an.

Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka, belakang badan dan dada. Masalah ini boleh memberi kesan psikologi yang teruk kepada remaja terutamanya remaja dalam alam persekolahan. 

Punca-punca terhasilnya Jerawat

Masalah ini biasa dialami oleh remaja yang mula melangkah ke tempoh kematangan. Lebih kurang 85% daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat (acne vulgaris).

1. Hormon
Dalam proses kematangan individu, kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan hormon. Kegagalan fungsi folikel pilosebaceous yang didorong oleh perubahan hormon androgen terutamanya semasa remaja akan menyebabkan terhasilnya jerawat. Hormon yang terlibat ialah testosteron dan ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia akan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik. Bagi individu yang sensitif, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku. Fungsi sebum yang sebenarnya tidak dapat dipastikan tetapi ia dipercayai bertindak sebagai pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi campuran mikroorganisma yang biasa ialah propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang boleh menyebabkan keradangan.

2. Pemakanan
Tidak dapat dibuktikan dengan jelas bahawa pemakanan atau diet adalah punca terhasilnya jerawat. Namun, diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin di dalam badan. Insulin adalah hormon penting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi punca pertumbuhan jerawat pada kulit muka dan belakang badan.

3. Stress
Stress juga adalah punca terhasilnya jerawat tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan yang betul. Tahap stress yang tinggi mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila dalam keadaan stress, adenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

4. Alat Solek
Alat solek yang tidak dibersihkan  dan tidak membersihkan solekan yang dipakai juga menjadi punca terhasilnya jerawat. Ia akan memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit muka.

5. Matahari
Cahaya matahari bukan punca utama tetapi haba yang dihasilkan oleh matahri boleh menyebabkan kulit berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbat liang roma.

6. Pakaian
Tidak ramai yang mengalami masalah jerawat yang tumbuh di belakang badan. Namun ia tetap berlaku dan ia berpunca daripada jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim seperti di Malaysia. belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. 

Mekanisma kejadian jerawat

Terdapat 4 mekanisma utama kejadian jerawat

  1. Kelenjar minyak menjadi besar (hipertropi) dengan peningkatan penghasilan sebum (akibat ransangan hormon androgen).
  2. Hiperkeratosis (kulit menjadi tebal) epitelium folikular (pertumbuhan sel-sel yang cepat dan mengisi ruang folikel polisabaceous dan membentuk plug).
  3. Pertumbuhan kuman, propionibacterium acnes yang cepat (folikel polisebaceous yang tersumbat akan memerangkap nutrien dan sebum serta menggalakkan pertumbuhan kuman.
  4. Inflamasi (radang) akibat hasil sampingan kuman propionibacterium acnes.
Rawatan kepada masalah jerawat

Para remaja janganlah risau kerana masalah jerawat boleh dirawat sama ada menggunakan bahan semulajadi, produk pencegah jerawat ataupun pengambilan supplemen kesihatan. Antaranya ialah:

1. Membasuh muka setiap kali semasa mandi.
Membasuh muka akan membantu menghilangkan kotoran dan minyak. Basuh muka dengan lembut menggunakan tangan.
. 
2. Gunakan produk muka khas untuk masalah jerawat.
Gunakan produk khas untuk masalah jerawat agar ia dapat membantu menghilangkan dan mencegah jerawat.



3. Skrub muka
Skrub mukan adalah proses untuk menanggalkan sel kulit mati yang terdapat pada permukaan kulit.

4. Elak sentuh muka
Ramai yang suka memegang dan memicit jerawat. Namun kelakuan itu tidak digalakkan sama sekali. Memegang kulit muka yang ada jerawat dengan tangan akan menyebarkan bakteria ke kawasan lain. Jerawat mungkin timbul dan akan menyebabkan inflamasi.

5. Minum banyak air suam dan makan makanan berkhasiat
Air bukan sahaja bagus untuk badan tetapi ia juga baik untuk kulit. Pemakanan yang baik juga boleh mencegah jerawat. Makanlah makanan seperti bijirin, buah-buahan dan sayur sayuran.

6. Tukar sarung bantal 3-4 hari.
Sarung bantal mengandungi bakteria, habuk dan agen menyebab jerawat. Digalakkan untuk menukar sarung bantal setiap minggu untuk mencegah penghasilan jerawat.

7. Relaks
Pakar percaya bahawa stress boleh membawa kepada jerawat. Oleh itu, cubalah bertenang dan lakukan aktiviti yang lebih menyenangkan hati agar tekanan berkurangan.

8. Bersenam
Bersenam pada setiap hari akan mengurangkan tekanan dan seterusnya melancarkan peredaran darah di dalam badan. Cuba mandi selepas bersenam kerana itu akan membantu menyingkirkan peluh dan kotoran yang tersumbat di dalam pori.

9. Berjumpa dengan pakar
Jika semua cara di atas tidak berkesan, berjumpalah dengan doktor untuk konsulatasi. Doktor akan memberi nasihat dan ubat yang sesuai untuk mengatasi masalah jerawat tersebut.

10. Supplemen Kesihatan
Remaja juga boleh mengambil supplemen kesihatan untuk mencegah dan menghilang kesan parut jerawat. Selain itu, ia juga untuk mendapat kulit yang sihat, cantik dan kekal awet muda.


Set Cantik & Cegah Jerawat

1. Zinc Complex
  • Mengurangkan radang jerawat
  • Mempercepatkan pemulihan luka jerawat
  • Meningkatkan kesihatan hormon
2. Sustained Release Vita-C Plus
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Meningkatkan kolagen semulajadi
  • Membantu menyekat bekteria menyerap jerawat
3. Vita-E Complex
  • Membantu mengurangkan kesan parut jerawat. Cecair vita-E boleh disapu ke atas parut jerawat.
  • Membantu memulihkan tekstur kulit
4. ESP
  • Protein membantu memperbaharui sel-sel kulit
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menghaluskan kulit
  • Boleh dijadikan masker muka
Oleh yang demikian, janganlah risau jika jerawat timbul di muka kerana ia boleh dirawat dan dicegah dari awal :)




sumber:
  • http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=490
  • http://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/teen-acne-13/teenage-acne
  • http://www.wikihow.com/Treat-Teen-Acne

Friday, December 26, 2014

Kekurangan Nutrisi pada Kanak-kanak. Atasi dengan Segera!

Assalamualaikum
Hai hai hai
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Ia termasuklah memberikan kesihatan yang baik dan memberikan nutrisi yang cukup kepada anak-anak.

Namun, semakin anak membesar semakin sukar untuk memberi nutrisi yang lengkap kepada mereka. Anak-anak mula mengenal dan memilih makanan yang mereka mahu terutamanya makanan yang manis, rangup dan sedap untuk dimakan.

Pasti ibu bapa akan merasa risau dengan keadaan tersebut kerana anak-anak tidak mahu memakan sayur dan situasi ini akan menyebabkan anak-anak kekurangan nutrisi.

Kenapa makanan bernutrisi penting untuk kanak-kanak?

Makanan bernutrisi adalah penting dan kanak-kanak perlu mendapatkan nutrisi yang cukup kerana:
  • Membantu memberi tenaga untuk bergerak aktif
  • Memberi tenaga kepada sel dan organ untuk berfungsi dengan baik
  • Pembinaan dan penggantian sel-sel badan
  • Menguatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit
Kesan kekurangan nutrisi pada kanak-kanak

Kekurangan nutrisi pada kanak-kanak akan menyebabkan
  • Kurang tenaga dan tidak dapat bergerak aktif
  • Mudah diserang penyakit kerana sistem imunisasi tidak kuat
  • Proses pembinaan dan penggantian sel-sel badan menjadi lambat
  • Gigi dan gusi mudah rosak, mudah berdarah dan bengkak
  • Tumbesaran kana-kanak menjadi lambat
Oleh yang demikian, kita perlu memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang cukup dalam diet mereka. Berikut adalah panduan diet pemakanan kanak-kanak agar mereka mendapat nutrisi yang cukup.

Makanan utama


1. Korbohidrat
Merupakan keperluan utama bagi kanak-kanak. Kebiasaanya kanak-kanak mendapat bekalan karbohidat melalui gula-gula, jus buah-buahan, makanan yang dipreoses dan juga makanan ringan. Pilihan karbohidrat yang baik ialah buah-buahan, sayur-sayuran, roti, bijirin gandum dan lain-lain.

2. Protein
Protein penting untuk kanak-kanak, namun perlu diberikan pada kadar sederhana agar tidak membebankan buah pinggang mereka. Sumber protein yang baik adalah telur, susu, ayam, keju, ikan , daging dan sebagainya.

3. Lemak
Tidak ada keperluan untuk kanak-kanak menikmati hidagan rendah lemak. Lemak adalah komponen utama dalam diet mereka. masalah hanya timbul jika pengambilan makanan berlemak yang tinggi kalorinya. Lemak yang baik untuk membantu pertumbuhan kanak-kanak boleh didapati melalui Omega-3 (tuna, sardin, kacang) dan Omega-6 (Jagung, avokado, kacang badam)

Ibu bapa juga perlu mengelakkan beberapa perkara iaitu:

1. Elakkan kanak-kanak untuk mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku
2. Jangan jadikan makanan segera sebagai makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
3. Sediakan buah-buahan sebagai makan ringan di rumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat.

Penting juga untuk ibu bapa mengetahui keperluan kalori anak-anak mereka dalam sehari.


Oleh yang demikian, bagi memastikan kanak-kanak mendapat keperluan nutrisi yang cukup dalam tubuh mereka, ibu bapa boleh menyediakan snack atau makanan berkhasiat untuk mereka nikmati. Buah-buahan seperti epal, oren, anggur, papaya dan pisang serta kekacang seperti badan adalah sesuai untuk mereka nikmati.
Gunakanlah kreativiti anda untuk menarik minat dan selera untuk menikmati hidangan yang berkhasiat. Hidangan yang sihat tidak sepatutnya membebankan ibu bapa dari segi kewangan mahupun masa untuk menyediakannya.

Malah ibu bapa juga boleh cuba memberikan MEAL SHAKES Shaklee kepada anak-anak agar mereka mendapat vitamin dan mineral yang cukup dalam badan. Meal Shakes ialah minuman dan makanan tambahan yang menyediakan jumlah nutrien yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tujuan tumbesaran dan perlindungan.
  • Bergerak aktif dan cergas
  • Memilih makanan
  • Kurang fokus di dalam kelas
  • Ada masalah sembelit
  • Mudah sakit dan kerap demam
  • Kanak-kanak yang menghidap asthma
Boleh KLIK untuk info lamjut --> MEAL SHAKES :)

Berikut adalah testimoni yang diberikan oleh ibu kanak-kanak yang mengambil meal shakes dalam diet mereka untuk tujuan menambah nutrisi dalam diet seterusnya membantu mereka terhindar daripada sebarang penyakit (imunisasi)






Jadi..kepada ibu bapa sekalian, jangan abaikan nutrisi anak-anak anda keran setiap ibu bapa mahu anak-anak membesar dengan sihat.

Jom la order!

Jika perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendapatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321535) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

 MealShakes

Oh! Fobia. Mahu Anak Lagi Tapi Takut.

Assalamualaikum 
Hai hai hai

Melahirkan anak pertama adalah satu pengalaman yang sangat bermakna dan mungkin tidak dapat dilupakan oleh pasangan setiap pasangan. Pelbagai perasaan yang dirasakan oleh si bakal ibu dan bapa. Gembira dan dalam masa yang sama gementar untuk mengeluarkan bayi. Apabila anak sudah selamat dilahirkan pasangan ibu bapa pasti rasa bersyukur dan gembira kerana zuriat pertama mereka berada dalam pelukan.

Indahkan?

Namun, ada pasangan yang mahukan anak lagi tapi si ibu takut untuk menghadapi situasi itu lagi. Pelbagai perasaan yang dialami semasa mengandung dan melahirkan dan hanya Allah SWT sahaja yang tahu kesukaran tersebut. 

Berikut adalah beberapa perkara yang dihadapi oleh si Ibu semasa tempoh mengandung, melahirkan dan selepas melahirkan anak.

1. Morning Sickness/ Alahan di awal kehamilan

Perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil. Berlaku pada waktu pagi ketika perut masih kosong. Selain itu, masalah ini berlaku akibat kekurangan gula dalam darah dan peningkatan hormon mengandung yang menyebabkan iritasi pada perut ibu hamil. Banyakkan makan makan yang berkarbohidrat, minum air kosong dan jus buah-buahan tanpa gula. 

Jika masalah ini berlarutan sehingga mengganggu anda sepanjang hari, ia boleh menyebabkan hyperemesisi gravidarum yang mengganggu kandungan mineral dan kesihatan cecair ketuban.

2. Tekanan Darah Tinggi/ Hipertensi


Keadaan ini menyebabkan ibu hami berasa kurang selsa, pening dan pandangan menjadi kabur. Sebilangan daripada wanita mempunyai sel dari plasenta yang mengeluarkan sejenis bahan kimia yang dipanggil vasoconstrictors yang menyebabkan saluran darah tidak berjalan dengan lancar. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Situasi ini akan menyebabkan perkembangan bayi dalam kandungan agak lambat dan bayi tidak dapat oksigen secukupnya. 

3. Water retention

Keadaan ini berlaku apabila jumlah kandungan air meningkat pada tisu badan. Kawasan paling kerap menerima kesan adalah pada kaki, muka dan tangan. Sebaiknya jangan pakai cincin ketika hamil sebelum jari membesar akibat air berlebihan. Ini berlaku apabilan si ibu hamil terlalu lama berdiri, cuaca terlalu panas atau tekanan darah tinggi. Hormon mengandung yang terbentuk menyebabkan buah pinggan ibu menghasilkan lebih banyak sodium yang akhirnya menyebabkan badan ibu dipenuhi air. 

Ibu hamil dinasihatkan untuk tidak berdiri terlalu lama dan kerap meletakkan kaki di tempat tinggi. Jangan makan makanan yang mengandungi garam yang tinggi.

4. Sembelit
Perkara biasa yang dihadapi oleh wanita hamil. Ia boleh berlaku semasa hamil ataupun semasa berpantang. Keadaan ini terjadi kerana tekanan oleh uterus yang semakin membesar ke atas rektum serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman. Selain itu, ibu hamil megalami dehidrasi dan pengambilan pil zat besi yeng menyebabakan najis menjadi keras  seterusnya menyebabkan sembelit.

5. Kesukaran dan kesakitan semasa melahirkan


Sakit dan kesukaran melahirkann anak hanya dirasai oleh si ibu. Kesukaran tersebut adalah seperti terlalu lama merasa sakit bersalin, kesukaran meneran, ada yang terpaksa bersalin mengguna akedah vacum dan ada juga yang harus bersalin melalui pembedahan. Inilah menyebabkan si ibu fobia untuk melahirkan anak lagi.

6. Sakit selepas bersalin.

Selepas bersalin, si ibu akan melalui tempoh berpantang. Dalam tempoh tersebut si ibu perlu menjaga luka jahitan selepas bersalin. Kalau tu tidak terjaga, mau dua kali la kena jahit.. (Serammm). Selain itu, si ibu mungkin akan berasa lemah dan letih. Makan si ibu perlu menjaga kesihatan dan pemakanan  agar dapat menjaga dan menyusukan si bayi. Antara kesan lain selepas bersalin ialah, rambut mudah gugur, sembelit, dan sakit pinggang.

Haa itulah antara keadaan yang dihadapi oleh wanita hamil dan menjadi ketakutan kepada mereka untuk melahirkan anak sekali lagi. Namun, janganlah risau kerana suami pasti akan memberikan semangat dan sokongan kepada anda agar tidak fobia untuk melahirkan anak. Berikut adalah tips mudah bersalin

Tips Mudah Bersalin

1. Persedian mental dan rohani.
Si ibu perlu yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Jadilah seorang yang berfikiran positif. Bersabar dan bertawakal merupakan kunci utama kepada kejayaan seseorang. Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum, semasa dan selepas bersalin.

2. Persedian fizikal
Ibu hamil mesti menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Otot-otot sendi yang kuat dan mantap akan membantu melancarkan proses bersalin. Hindarkan diri daripada aktiviti yang boleh memudaratkan. Sentiasa melakukan senaman ringan dan mengambil diet yang seimbang agar badan sentiasa cergas.

3. Tenangkan diri

Ibu harus sentiasa bertenang. Ungkapkan zikir dan selawat sebagai penambah semangat di samping mengurangkan sakit yang dirasa. Sokongan suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran. Mintalah ampun kepada suami dan kedua ibu bapa sebelum bersalin. Amalkan teknik pernafasan yang betul.

4. Alas perut
Melahirkan anak memerlukan tenaga yang banyak, Kekurangan tenaga akan menyukarkan proses bersalin. Makanlah sesuatu walaupun anda tidak berselera kerana menahan sakit. Jangan biarkan perut kosong.

5. Minyak kelapa dara
Minyak kepala dara adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin. Ia merupakan antiviral yang boleh melawan jangkitan. Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Ada yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara di bahagian perineum untuk mengelakkan koyakan semasa bersalin. 

6. Sayur bendi
Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sayur yang berlendir bukan sahaja dapat membantu proses bersalin tapi ia juga adalah penawar kepada sembelit, diabetis dan jaundis. Ibu hamil yang mempunyai masalah buasir boleh mengamalkan makan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.

7. Kurma dan air zam zam
Makanan dan minuman dari tanah arab ini sering disebut-sebut sebagai makanan tambahan ataupun penawar kepada penyakit. Kurma akan memberikan tenaga segera, cepat diproses dan mudah diserap. Buah kurma baik untuk wanita hamil kerana dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Air zam zam pula adalah sebagai penghilang dahaga.

Itulah 7 cara yang boleh dicuba untuk membantu proses bersalin.Mudah-mudahan semua wanita hamil yang hendak berdalin dapat melahirkan anak dengan lancar dan selamat.

So jangalah rasa fobia untuk melahirkan anak kerana ada cara untuk memudahkan anda bersalin.

Jom cuba set bersalin daripada Shaklee. Bagus untuk mengembalikan tenaga, menyembuhkan luka jahitan dengan cepat dan membantu menambah penghasilan susu ibu.


 Set besalin
KLIK gambar untuk INFO


 Set bersalin

Wednesday, December 24, 2014

Masalah Sembelit Pada Wanita Hamil. Bahaya atau tidak?

Assalamualaikum
Hai hai hai!

Ada pembaca yang tengah hamil sekarang ni? Kalau bukan anda mungkin, adik-beradik, kawan-kawan atau saudara mara tengah hamil dan mempunyai masalah sembelit? Kenapa ya boleh ada masalah sembelit ketika hamil? Bahaya atau tidak? Jom kita baca!


Kenapa sembelit ketika hamil?

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami masalah sembelit. Ini terjadi disebabkan 
  • Tekanan oleh uterus yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman. 
  • Mengalami dehidrasi yang seterusnya menyebabkan sembelit.
  • Pengambilan pil zat besi juga boleh menyebabkan najis menjadi keras dan seterusnya sembelit. 


Apa yang dilakukan untuk mengatasinya?

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah perhatikan waktu dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri untu ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk ke tandas. Ambil sedikit masa untuk bersendirian walaupun agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Antara cara lain yang boleh membantu mengurangkan masalah sembelit ialah:


  1. Awasi diet. Pastikan anda meminum air yang secukupnya. Minum air suam sebaik sahaja bagun pagi bagi memudahkan membuang air besar di waktu pagi.
  2. Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. 
  3. Minum banyak air tau jus buah-buahan sekurang-kurangnya lapasn gelas sehari.
  4. Bersenam. Berjalan dan yoga boleh membantu mengurangkan sembelit dan membuatkan badan lebih cergas dan sihat.
Bahayakah sembelit semasa hamil?

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil dan ia tidak membahayakan. Namun, jika berlarutan, berjumpalah dengan doktor.

Kadang-kala sembelit boleh mengakibatkan buasir. Ini boleh juga menyakitkan, gatal dan tidak selesa tetapi boleh dirawat. Rawatan harus dilakukan dengan segera kerana buasir akan menjadi lebih besar apabila meneran ketika proses melahirkan anak.

Selain minum air yang banyak dan memakan makanan yang berserat, wanita hamil juga boleh mengambil supplemen tambahan seperti OsteMatrix.


OsteMatrix bukan sahaja membekalkan kalsium untuk kesihatan tulang dan gigi, malah ia sesuai untuk wanita hamil yang mengalami masalah sembelit.

Di bawah ini ialah TESTIMONI pengguna OsteMatrix yang mengalami masalah sembelit semasa hamil dan selepas melahirkan anak.






Jadiiii.. kalau mau cuba, orderlah sekarang agar masalah sembelit dapat diatasi dengan segera!

Jika anda perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendpaatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321525) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah

 Supplemen Shaklee


sumber:
  • http://www.babycenter.com.my/a1052606/sembelit#section1
  • http://drzubaidi.com/blog/sembelit-ketika-hamil/

Anak Menyusu Lebih 2 tahun. Boleh atau tidak?

Assalamualaikum
Hai hai hai.

Setiap ibu mahu menyusukan anak yang baru dlahirkan dan berazam mahu menyudukan anak sehingga umur 2 tahun. Umum tahu bahawa susu ibu sangat berkhasiat  kepada bayi. Namun, selepas 2 tahun bagaimana pula? Perlu diteruskan atau dihentikan? Ramai ibu-ibu yang mengalami dilema ini. 

Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menysukan anak lebih dari 2 tahun jika menyusukan bayi tidak mendatangkan mudarat kepada bayi dan dengan persetujuan suami dan isteri.

Namun, kebiasaanya apabila anak sudah mencecah umur 2 tahun, dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 233:

" Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa menyempurnakan susuan"

Ayat di atas adalah panduan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy menafsirkan ayat 233 di atas menyatakan: "Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudaratan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri".

Ada juga sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur yang berpandangan bahawa tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Dari segi perubatan, penyusuaan jangka panjang (extended breasfeeding) adalah apabila seorang ibu menyusukan bayi mereka selepas tahun pertama. Kebanyakan ibu-ibu terutama di Eropah yang memahami kepentingan penyusuan ibu akan meneruskan penyusuan dan hanya akan menghentikan penyusuan anak antara 2 tahun hingga 4 tahun.

Doa yang boleh diamalkan oleh para ibu jika mahu menyusukan bayi sehingga 2 tahun

Walaupun bayi mendapat makanan daripada makanan pejal, namun susu ibu adalah yang terbaik kerana ia menyediakan antibodi semulajadi, nutrien dan vitamin kepada bayi.

Maka, tidak salah untuk menyusukan bayi lebih dari umur 2 tahun asalkan ia tidak memudaratkan dan mendapat izin suami dan isteri. Dan tidak salah juga untuk menghentikan penyusuan setelah mencecah 2 tahun. Para ibu bapa boleh mendapatkan nasihat doktor berkenaan hal ini jika kuran pasti. Yang zeha pasti, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Boleh baca sini untuk 
Jika anda perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendpaatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321525) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah

 Set Penyusuan Shaklee



sumber:
  • http://drzubaidi.com/blog/apakah-penyusuan-ibu-boleh-dilanjutkan/

10 Mitos Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum
Hai hai hai

Penyusuan susu ibu untuk bayi pun ada mitos Tentu para ibu yang baru dan mahu menyusukan bayi mereka tertanya-tanya apakah mitos penyusuan susu ibu ini.


Berikut adalah MITOS penyusuan susu ibu kepada bayi.

Mitos 1

Untuk memastikan bayi mendapat air yang cukup, ibu perlu memberikan bayi mereka air masak selain susu ibu

Fakta

Bayi yang normal dilahirkan dengan simpanan air yang cukup di dalam badan untuk memastikan mereka tidak terhidrat sehinggalah susu ibu diberikan. Susu ibu pula mampu berubah suhunya mengikut cuaca supaya ia mampu menghilangkan dahaga pada si bayi seterusnya mengenyangkan mereka. Untuk memastikan sama ada bayi mengalami dehidrasi atau tidak, si ibu perlu memerhatikan keadaan urin bayi yang dihasilkan. Jika bayi telah mengeluarkan antara 6-8 liter urin bermaksud susu yang diberi adalah mencukupi.

Mitos 2

Saya perlu mengurut perlahan puting terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi.

Fakta


Payudara wanita telah dicipta secara semulajadi bagi tujuan menyusukan bayi. Tiada urutan diperlukan sebelum menyusukan bayi, malah perlakuan tersebut boleh mengakibatkan kesakitan pada puting.


Mitos 3

Saya mesti menggunakan kedua-dua belah payudara setiap kali menyusukan bayi.

Fakta

Keadaan ini mungkin memberi kelebihan kepada ibu kerana ia akan mengimbangi payudara. Jika baya belum selesai menyusu dan kemudian bertukar ke susu yang sebelah lagi, bimbang bayi atidak mendapat khasiat yang sepenuhnya pada susu yang sebelumnya. Biarkan bayi menyusu pasa satu payudara terlebih dahulu dan sebelah payudara lagi pada waktu yang lain.

Mitos 4

Kandungan susu yang banyak bergantung kepada saiz payudara anda.

Fakta

Kenyataan yang salah. Jumlah susu yang dihasilkan langsung tidak dipengaruhi oleh saiz payudara. Dengan usaha yang betul dan berterusan, penghasilan susu ibu akan sentiasa bertambah.

Mitos 5

Bayi yang menyusu di dalam botol berisiko mengalami kembung perut manakala yang menyusu pada badan tidak akan mengalami kembung perut.

Fakta

Mana-mana bayi yang menyusu badan tidak terkecuali daripada kembung perut. Namu, kebiasaannya bayi yang menyusu badan akan mudah menghadam susu badan berbanding susu formula. Ibu-ibu yang menyusukan bayinya perlu menjaga pemakanan dengan baik untuk mengelak bayi mendapat kembung perut.

Mitos 6

Apabila sudah kembali bekerja, si ibu boleh berhenti memberikan susu ibu kepada bayi.

Fakta

Tidak sama sekali. Penyusuan kepada bayi hendaklah diteruskan pada sebelah pagi dan malam. Malah, semasa bekerja, si ibu boleh mengambil masa rehat untuk mengepam susu bagi tujuan simpanan pada waktu siang.

Mitos 7

Kebanyakan wanita tidak menghasilkan susu yang cukup

Fakta

Tidak betul. Majoriti wanita mengeluarkan lebih daripada cukup susu. Alasan biasa bayi tidak mendapat susu kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara. Oleh itu, penting untuk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan yang betul untuk menyusukan bayi.

Mitos 8

Tiada susu selepas beberapa hari bersalin

Fakta

Memang perkara biasa kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara dan sudah pasti bayi tidak mendapat susu. Ada ibu yang merungut, bayi sudah menyusu hampir dua jam tapi masih menangis dan lapar bila dilepaskan. Sebenarnya, pada minggu pertama kelahiran, payudara tidak mengeluarkan susu yang banyak. Yang keluar hanya kolostrun iaitu susu awal ibu yang pekat.

Mitos 9

Ibu perlu mencuci puti setiap kali hendak menyusukan bayi

Fakta

Membasuk puting sebelum menyusukan bayi akan membuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan pada puting.

Mitos 10

Mengepam susu adalah cara terbaik untuk mengetahui jumlah susu yang dimiliki.

Fakta

berapa banyak susu yang boleh dipan bergantung kepada faktor paras tekanan si ibu. Bayi yang menyusu dengan baik memperoleh lebih banyak susu berbanding yang dipam oleh si ibu.


Apa-apapun, jika si ibu ingin menyusukan bayi meraka sehingga umur 2 tahun berdoalah kepada Allah swt.
Boleh baca SINI untuk TIPS Menambah Susu Ibu

Jika anda perlukan sebarang konsultasi tentang produk Shaklee/ ingin mendpaatkan produk Shaklee/ ingin menjadi ahli Shaklee/ ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, anda boleh hubungi saya Nazeha Badery (016-8321525) Pengedar Sah Shaklee Likas, Kota Kinabalu, Sabah
 Set penyusuan




sumber: 
  • http://raudhatulafiah.blogspot.com/2014/03/mitos-penyusuan-susu-ibu.html
  • http://adaa-inspiration.com/2013/07/11/10-mitos-penyusuan-susu-ibu